
Monday, April 04, 2016
2.6 Billion – Heret Ke Muka Pengadilan

Pihak yang membocorkan dokumen palsu berhubung
dana RM2.6 bilion perlu dihadapkan ke muka pengadilan kerana menyebabkan
bukan sahaja reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
terjejas malah nama baik negara juga tercalar.
Peguam dan aktivis masyarakat, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata,
sehubungan itu, siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengesan pihak
berkenaan yang telah menimbulkan pelbagai polemik dan spekulasi negatif
dalam kalangan orang awam.
“Siasatan terhadap pihak yang membocorkan dokumen palsu tersebut
wajar dilakukan lebih-lebih lagi membabitkan integriti badan penyiasat
negara, apatah lagi dokumen itu belum dipastikan sah atau tidak.
“Perbuatan mereka telah menyusahkan banyak pihak, termasuk
menjejaskan reputasi Perdana Menteri dan nama baik negara,” katanya
ketika dihubungi media di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Azalina Othman yang mendesak supaya bekas Peguam negara, Tan Sri
Abdul Gani Patail memohon maaf berikutan penubuhan pasukan Petugas Khas
menyiasat dana RM2.6 billion yang dikatakan diambil daripada 1Malaysia
Development Berhad(1MDB).
Laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) telah digunakan oleh
bekas Peguam Negara tersebut bagi membuka kertas siasatan untuk
menyiasat dana tersebut.
Media antarabangsa, WSJ sebelum ini turut mengakui bahawa wang RM2.6
bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak adalah sumbangan Arab Saudi dan bukannya milik 1MDB.
Sementara itu, seorang lagi peguam, Shah Rizal Abdul Manan berkata,
semua pihak harus menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang telah menutup kertas siasatan
berhubung dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Beliau berkata, keputusan Mohamed Apandi bahawa Najib tidak melakukan
sebarang kesalahan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai.
“Peguam Negara telah melakukan penelitian terhadap saksi dan dokumen
berkaitan, namun tiada bukti untuk mensabitkan Perdana Menteri dengan
sebarang kesalahan.
“Keputusan Peguam Negara itu perlu dihormati, apatah lagi WSJ sendiri
telah melaporkan bahawa RM2.6 bilion bukan datang daripada 1MDB
sebaliknya dari Arab Saudi.
Beliau dalam pada itu turut menggesa siasatan dilakukan terhadap
pihak yang membocorkan dokumen kepada WSJ serta kesahihan dokumen
tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment