Monday, April 04, 2016

Mat Said Guna ‘Skrip’ Anwar Ibrahim?

Tindakan terdesak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Adun Kijal meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memecat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif dilihat sebagai melampau.

Ahmad Said juga seolah-olah mengugut Datuk Seri Najib apabila berkata sekiranya PM gagal memecat Ahmad Razif maka Ahmad Said akan menjalankan gerakan untuk membubar dewan undangan negeri melalui Istana Terengganu.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/Ahmad-Said2.jpg

Oleh itu, Wan Abdul Hakim yang merupakan Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Terengganu tampil membuat kenyataan berkenaan perkara tersebut. Menurut beliau. 

UMNO Terengganu di dalam penyatuan yang mantap sebagaimana yang dizahirkan oleh akar umbi yang terdiri dari lebih 4000 ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua sayap dari seluruh negeri yang berhimpun di stadium tertutup Gong Badak baru-baru ini. Semua pihak telah melafazkan ikrar taat setia kepada parti dan pemimpin.

Adakah Ahmad Said mempunyai kuasa dalam parti atau kerajaan yang mengatasi kuasa Presiden dan Perdana Menteri untuk mengarahkan Menteri besar diturunkan?

Di antara alasan-alasan yang diberi di sidang dewan baru-baru ini untuk mencadangkan undi tidak percaya pada Menteri Besar, adakah ia melibatkan kesusahan rakyat yang amat ketara seperti kebuluran, kemiskinan yang melampau, masjid di tutup, ketiadaan air bersih, hospital serta sekolah yang ditutup? Atau alasan hanya melibatkan hal peribadi beliau seperti memadamkan ‘legasi’, nama atau gambar di dalam laporan tahunan jabatan?

Sebagai ahli politik yang masak dalam soal sepak terajang politik, adakah perlu untuk beliau menyatakan ‘demand’ serta kenyataan berbaur ugutan kepada kepimpinan UMNO sekiranya beliau benar-benar ada jumlah Adun yang cukup untuk menjatuhkan kerajaan? 

Atau ini hanya salinan skrip Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau ada 30 orang ahli parlimen Barisan Nasional yang akan berpaling tadah untuk menjayakan pembangkang ke Putrajaya pada September 2008? Atau ini hanyalah manifestasi sindrom ‘kurang perhatian’?

Walaubagaimana pun, kita cukup berbangga dengan semangat solidariti yang ditunjukkan oleh semua pemimpin akar umbi baru-baru ini. Kerajaan Terengganu akan meneruskan mandat yang telah diamanahkan. Alangkah elok sekiranya Ahmad Said bersama-sama dengan barisan kepimpinan kerajaan Terengganu dalam mengukuhkan negeri.

Untuk makluman, Ahmad Said mewarisi pentadbiran Datuk Seri Idris Jusuh yang cemerlang. 

Namun sepanjang pentadbiran Ahmad Said, beliau merekodkan prestasi yang begitu buruk dalam Pilihan Raya Umum ke 13 walaupun secara relatif, beliau tidak diganggu oleh mana-mana pemimpin UMNO disemua peringkat.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Sidang DUN Terengganu, wakil rakyat BN menyerang sesama sendiri tetapi ianya berlaku di zaman Datuk Seri Ahmad Razif menjadi Menteri Besar dimana Ahmad Said sendiri bertindak seolah-olah menjadi dalang pentadbiran UMNO BN masa kini. Apa yang Ahmad Said mahu sebenarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment