Monday, April 04, 2016
Sampai Bilakah Kita Mahu Percaya Pada SR??
EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
Saya percaya, bagi kita umat Islam yang beriman kepada kebenaran
Al-Quran dan sabda Rasulullah SAW, maka sudah pasti kita yakin bahawa
Muhammad bin Abdullah itu adalah utusan Allah yang terakhir sebelum
kiamat. Dalam erti kata lain, kita semua adalah umat di akhir zaman.
Kita juga yakin dengan sabda Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa
tohmahan dan fitnah di akhir zaman ini amat berleluasa. Sama ada sedar
atau tidak, dunia yang kini ber’raja’kan media sosial, terlalu banyak
kisah dan cereka fitnah yang dicipta serta kemudian disebarkan.
Ditambah pula dengan firman Allah SWT yang mengatakan puak Nasrani
dan Yahudi tidak akan sesekali berpuas hati selagi tidak mengikut
telunjuk mereka, maka sudah tentu umat Islam di akhir zaman ini perlu
berhati-hati dengan puak-puak ‘dajjal’ berkenaan.
Malangnya, mungkin ada segelintir umat Islam di negara kita yang
enggan percaya dan yakin dengan Hadis dan Al-Quran itu. Mungkin bagi
mereka, ia hanyalah seumpama buku hikayat ‘1001 malam’ yang dipenuhi
mitos dan khayalan?
Saya ini bukanlah seorang yang sentiasa benar dan ‘maksum’. Saya pun
tidak pernah digelar ‘Al-Amin’ atau ‘As-Siddiq’ seperti Rasulullah SAW
dan Saidina Abu Bakar RA, namun saya yakin dengan apa yang
disampaikan baginda itu.
Berpegang pada itu, saya amat berhati-hati dengan apa saja yang
dihidangkan oleh puak Barat yang terkenal dengan kekufuran mereka,
terutama media-media asing yang dikuasai oleh talibarut-talibarut Yahudi
dan Nasrani.
Bukan hanya Malaysia saja yang pernah menjadi mangsa fitnah puak-puak
berkenaan, namun negara Islam terkaya seperti Arab Saudi juga pernah
mengalami perkara yang serupa. Mungkin kerana itulah maka tercetus
hikmah yang mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Arab Saudi,
walaupun secara rahsia.
Namun bagi mereka yang enggan percaya pada petanda-petanda akhir
zaman tersebut, mereka selalunya lebih berkiblatkan Barat. Apa saja yang
terbit dari sana bagaikan ‘fatwa suci’ yang tidak boleh disangkal.
Sejak bila puak ‘kuffar’ yang memerangi umat Islam sejak perang sabil
itu layak dipercayai?
Apa yang menarik perhatian saya adalah, mereka-mereka inilah yang dulunya
mencerca setiap serangan dan provokasi barat menerusi media asing
dilancarkan terhadap Malaysia. Hatta ada kalanya hingga kita menukar
dasar memandang ke arah timur kerana marah diserang.
Tapi mereka-mereka itulah yang kini mendewa-dewakan media asing yang
begitu galak sekali menyiarkan dakwaan-dakwaan yang hanya berasaskan
‘pendedahan’ yang sangat diragui. Hinggakan dokumen yang sudah diedit
dan diubahsuai pun masih mereka percaya?
Saya kadang-kadang hairan dengan sikap ‘matlamat menghalalkan
cara’ oleh puak-puak yang bermatlamat menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun
Razak dari kerusi Perdana Menteri.
Kononnya ‘negarawan terbilang’,
‘ilmuan’, ‘cendikiawan’ dan ‘korporat’, tapi mereka begitu taksub pada
sumber yang tidak sahih dan meragukan?
Jika ditanya pada saya tentang Al-Quran dan Sarawak Report,
saya tentunya lebih percaya dan yakin pada Al-Quran dan Sunnah. Tapi saya benar-benar
hairan mengapa ada umat Islam hari ini yang lebih yakin dan percaya pada
penipuan Claire Brown berbanding firman Allah dan RasulNya?
Bukanlah berniat untuk mempersoal keimanan seseorang, namun ia
melibatkan prinsip dan pegangan asas bagi setiap umat Islam yang waras.
Lainlah jika umat Islam itu telah mencapai tahap ‘nyanyuk’, mabuk, gila
dan sebagainya.
Agaknya sampai bila budaya cenderung percaya pada fitnah akan terus
menjadi ikutan di Malaysia? Berbanggakah kita sekiranya dikenali sebagai
sebuah negara yang mudah diperdaya dengan fitnah dan propaganda tidak
benar?
Usah dijawab pada saya ini. Jawablah pada diri masing-masing. Jika
mahu menipu, tipulah diri masing-masing. Namun apa yang saya pasti,
kita tidak akan sesekali mampu menipu Allah SWT kerana Dialah yang Maha
Mengetahui. Semoga ‘kezaliman minda’ itu berakhir segera dari terus
menghantui umat Islam di Malaysia…
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment