Monday, April 04, 2016

Guan Eng Patut Jawab Isu Banglo Bukan Sibuk Alih Isu Kepada Orang Lain

NIBONG TEBAL : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyarankan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberikan tumpuan menyelesaikan isu yang sedang dihadapi beliau sendiri dan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dirinya berhubung pembelian banglo di bawah harga atau nilaian pasaran daripada sibuk mencari salah orang lain.

Tegasnya, Guan Eng tidak perlu bersusah payah mengalihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan salah laku terhadap dirinya kepada penjualan tanah oleh PERDA kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekarang.

“Mengenai penjualan tanah oleh PERDA di Kampung Tok Keramat di Daerah SPS, Guan Eng boleh meminta SPRM melakukan siasatan dengan membuat laporan kepada SPRM sekiranya beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena dalam penjualan tanah tersebut.
Datuk Zainal Abidin Osman 
“Hari ini mencatat sejarah buat pertama kalinya selama tujuh tahun Guan Eng menjadi Ketua Menteri bila dia ‘mencemar duli’ melawat tanah PERDA di Kampung Tok Keramat untuk melihat dan menilai kesan mendapan tanah.

“Sekiranya dari dulu dia sanggup turun padang melawat tapak cadangan projek-projek lain, saya percaya isu-isu permohonan Kebenaran Merancang oleh agensi-agensi Persekutuan yang tertunggak sejak 2012 pasti mampu diselesaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini.

Guan Eng mula panas punggung apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya mendedahkan isu pembelian banglonya dan mendakwa isu tersebut berkait-rapat dengan isu pembelian tanah Taman Manggis oleh syarikat PLK dan KLIDC.

Tanah tersebut telah dibeli dengan harga RM11 juta tetapi dibeli dengan separuh harga.

Rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang besar, dijual kepada Guan Eng hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu dan penjualan hartanah itu tidak realistik kerana tidak menggambarkan peningkatan nilai harga yang sebenar.

Selepas pembongkaran tersebut, Guan Eng pula membuat serangan balas kononnya PERDA juga ada menjual tanah milik agensi kerajaan itu di Tok Keramat, Seberang Perai Selatan (SPS) pada harga di bawah pasaran.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment