Monday, April 04, 2016
Himpunan Mansuh GST Perlihat Pembangkang Makin Caca Merba, Syok Sendiri – Shamsul
KUALA LUMPUR : Himpunan Mansuh GST anjuran Pakatan Harapan
Sabtu lalu bolehlah disifatkan sebagai himpunan syok sendiri apabila
jumlah mereka yang hadir bukan sahaja cukup hambar malah memperlihatkan
kesepakatan antara mereka semakin caca merba.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata himpunan
tersebut juga seperti hilang punca apabila peserta yang hadir
masing-masing membawa agenda dan mesej yang bercelaru.
Ini katanya lagi ditambah pula dengan tindakan Pas yang tidak turut
serta meskipun diwar-warkan perhimpunan tersebut membawa kesepakatan
pembangkang kononnya mewakili luahan hati rakyat.
Soal
beliau bagaimana mereka hendak menyatukan rakyat dalam konteks yang
sama sedangkan sesama sendiri pun masing-masing mempunyai pelbagai hala
tuju dan pelbagai kaedah yang ingin dilaksanakan.
“Pas hari ini katanya ada cara tersendiri dalam isu terbabit selain
pelbagai kenyataan yang lain. Jadi tidak peliklah jumlah mereka yang
hadir itu cukup hambar kerana daripada awal lagi sudah bercelaru dan
bersimpang siur.
“Namun apa yang penting adalah rakyat mungkin sudah letih dan muak
dengan karenah pembangkang yang sering membangkitkan emosi demi
kepentingan politik mereka semata-mata,“ katanya kepada media, di
sini, hari ini.
Himpunan Bantah GST anjuran PH pada Sabtu disifatkan gagal sepenuhnya
apabila cuma dihadiri kurang daripada 2,000 peserta berbanding sasaran
awal sebanyak 10,000 orang.
Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya
menegaskan pelaksanaan GST oleh kerajaan bukanlah menindas apatah lagi
mahu menzalimi mana-mana pihak sebaliknya untuk pembangunan dan juga
membantu ekonomi negara kerana akhirnya hasil daripada GST itu akan
disalurkan untuk manfaat rakyat.
“Tambahan pula dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dengan
kejatuhan harga komoditi minyak dan sebagainya lagi sudah pasti kerajaan
perlu mencari sumber yang sepatutnya dalam usaha menampung perbelanjaan
baik dalam sektor kesihatan, pendidikan dan sebagainya lagi.
“Pembangkang cakap memang senang itu dan ini dalam usaha meracuni
pemikiran rakyat. Namun yang akan menguruskan perbelanjaan dan
pelaksanaan adalah kerajaan yang dipilih menerusi sistem demokrasi.
“Sungguh pun begitu sebagai sebuah negara yang bebas mengamalkan
demokrasi, perkara yang dibuat itu seperti Himpunan Mansuh GST tidak
dihalang dan ini menujukkan kerajaan yang ada hari ini bukan bersifat
autokrasi dan sebagainya lagi,” ujarnya.
Tambah beliau lagi pembangkang boleh menggunakan pelbagai kaedah dan
pelbagai cara untuk membangkitkan emosi rakyat agar terus tidak berpuas
hati dengan pelbagai pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan.
“Cuba cerita dan kemukakan mana yang kerajaan buat dan laksanakan
memberi kepuasan kepada pembangkang. Semua tidak kena..itu tidak betul
dan ini tidak kena,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment