Monday, April 04, 2016
Ada Yang Marah Ustaz PKR Baca Doa Mahazalim Mahafiraun Depan Mahathir Masa Demo Anti-GST?
Salam… Ada orang tidak senang dengan doa saya semalam di Dataran Merdeka kerana konon biadab pada Mahathir.
Sebenarnya begitulah bunyi doa saya sejak awal reformasi sebelum saya
disumbat kedalam ISA hingga keluar ISA hinggalah sekarang. Sekadar
itulah kemampuan saya menentang kezaliman yang akan saya, jawab nanti
bila ditanya di Mahkamah Allah.
Saya tidak berani dan tidak mampu menegur secara berdepan dengan orang
yang zalim. Saya hanya mampu sekadar berdoa. Itulah senjata saya.
Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya
dikritik dan dipertikai oleh teman “seperjuangan”? Adakah kerana hari
ini kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon
dengan Mahathir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan
satu masa dahulu?
Demi Allah, saya tidak dendam dengan Mahathir. Saya hanya ingat pesan
Nabi agar tidak redha dengan apa jua kezaliman. Nabi juga berpesan agar
lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuan saya.
Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani.
Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan
mana tahu teguran anda membuatnya sedar dan segera bertaubat.
Dalam konteks Mahathir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk
minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakyat. Ingat, GST hanyalah satu
dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir.
Salam Reformasi dari saya…
Badrul Amin Bahron adalah aktivis reformasi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment