Monday, April 04, 2016

Lagi Skandal Beli Banglo Murah... Apa Kaitan Dengan Betty Chew?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/07/Lim-Betty-300x202.jpg
Cerita gadis misteri pemilik asal banglo murah Lim Guan Eng, Miss Phang sudah diketahui umum... ini kisah lain pulak, masih berkaitan isu skandal banglo murah itu dan kali ini membabitkan isteri Guan Eng, Betty Chew.

Betty Chew merupakan ADUN DAP Kota Laksamana Melaka sehingga 2013... beliau tidak bertanding dalam PRU13 kerana mahu memberikan tumpuan menjadi isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Rupa-rupanya selain menjalankan tugas sebagai ieteri Ketua menteri, Betty Chew juga merupakan peguam panel firma guaman Ooi Eng Choo & Associates.

Ketua Pemuda MCA negeri, Ooi Teik Liang dalam satu sidang media pada Ahad mendesak Guan Eng menjawab dakwaan firma guaman dimana isterinya salah seorang peguam panel dilantik mengendalikan urusan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, Jelutong.

Ooi Teik Liang mahu Guan Eng jawab samada amalan sebegitu adalah selaras dengan konsep integriti dan ketelusan yang kononnya diperjuangkan DAP.

Menurut beliau, perkara itu mungkin tidak menjadi isu dalam kalangan pembeli rumah lain namun mencetuskan tanda tanya apabila melibatkan pembelian oleh Ketua Menteri.

“Malah, kita yakin jika perkara ini dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang akan mengaitkannya dengan soal integriti dan hari ini kita menuntut penjelasan serupa daripada mereka,” katanya.

Menurut Teik Liang, pihaknya difahamkan urusan dokumentasi dan perundangan dalam pembelian rumah Guan Eng yang dibeli pada harga luar biasa murah itu dilaksanakan firma guaman Ooi Eng Choo & Associates.

Firma guaman itu, katanya, mempunyai tiga panel peguam yang mana Betty Chew merupakan salah seorang daripadanya selain Eng Choo dan Oh Lee Lee.

Tambah Teik Lian, maklumat yang diperoleh pihaknya menunjukkan dokumentasi perundangan pembelian banglo Guan Eng itu disiapkan pada Ogos 2015 yang mana ketika itu, Betty masih lagi merupakan ahli panel firma guaman berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya tidak membuat sebarang tuduhan dalam membangkitkan perkara itu tetapi hanya mahu mengetahui pendirian pemimpin DAP sama ada kaitan tersebut adalah sesuatu yang biasa atau sebaliknya.

“Jika mereka beranggapan tiada yang luar biasa dalam kaitan ini, maka kita dapat menilai sejauh mana tahap integriti mereka.

“Tetapi jika mereka berasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam perkara ini, maka kita mendesak mereka bersuara dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini Miss Phang atau nama sebenarnya Phang Li Koon yang merupakan pemilik asal banglo murah tersebut membuat akuan bersumpah mendakwa tidak menyelidik harga pasaran sebelum menjual rumah berkenaan.

Dalam akuan bersumpahnya bertarikh 22 Mac itu Miss Phang mendakwa beliau adalah kawan karib kepada isteri Guan Eng, Betty Chew sejak 2008.

Katanya, beliau membuat keputusan menjual rumah yang dibelinya pada 2008 kerana ia menimbulkan pelbagai publisiti dan tuduhan dari semasa ke semasa.

"Saya tidak menyelidik pasaran apabila saya membuat keputusan untuk menjualnya kepada Ketua Menteri pada 2015 kerana saya rasa tidak perlu berbuat demikian.

"Saya sudah mempunyai Ketua Menteri sebagai pembeli dan sudah ada satu persetujuan kepada perjanjian berhubung harga jualan RM2.8 juta yang dipersetujui pada 23 Jun 2014," katanya.

Akuan Bersumpah Li Koon dibacakan Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh di KOMTAR pada 23 Mac lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment