Monday, April 04, 2016
Hasrat Mahathir Menjatuhkan Najib Gagal... Ingat Apa Kita Buat Sebelum Ini Semuanya Berjaya?
Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu obsesi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun
Razak kerana beliau telah menang dalam semua ‘pertarungannya’ sebelum
ini, namun, cukup marah apabila gagal untuk bertindak sedemikian
terhadap Perdana Menteri kali ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata, cubaan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib dengan cara tidak
demokratik termasuk meraih sokongan media antarabangsa, tidak akan
berjaya disebabkan dendam dan niat jahat terhadap Perdana Menteri itu
telah diketahui orang ramai.
“Lelaki ini telah menang dalam semua ‘pertarungannya’. Beliau telah
menentang Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Beliau juga telah
menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku
Razaleigh Hamzah. Beliau berjaya menjatuhkan semua orang, namun, gagal
menjatuhkan Najib, jadi, beliau cukup marah.
“Kita tahu apa yang ingin beliau lakukan. Beliau mahu memastikan ekonomi
negara kita akan terjejas. Dengan memberikan segala publisiti buruk,
pelabur akan berhenti melabur di Malaysia dan orang tidak lagi akan
datang ke negara ini dan akhirnya Perdana Menteri akan disalahkan,”
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat
Destination Perak Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berperanan menguruskan pemasaran
pelancongan negeri di Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini hari
ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan
Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai penggunaan media asing melalui
program Four Corners oleh The Australian Broadcasting Corporation (ABC)
yang dilihat sebagai satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk
merealisasikan kempen anti-Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment