Monday, April 04, 2016

United Airlines Mohon Maaf, Halau Keluarga Muslim

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT : Lima beranak beragama Islam berang selepas dihalau keluar dari penerbangan dengan alasan mereka 'menimbulkan masalah keselamatan', lapor Yahoo News.

Keluarga Eaman-Amy Saad Shebley merakam kekecewaan mereka dan memuatnaik sebuah video ke laman Facebook yang menarik kecaman orang ramai terhadap syarikat penerbangan United Airlines.

"United Airlines (anda) menjijikkan kerana menghalau kami kerana penampilan dan agama kami," kata Eaman-Amy.

Menurut Eaman-Amy, suami dan tiga orang anak kecil dihalau selepas dia bertanya kepada kru penerbangan mengenai kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.

Video yang dimuatnaik oleh Eaman-Amy bagaimanapun telah dipadam kerana menjadi viral dengan pantas.

Eaman-Amy kemudian memberitahu dia menghubungi khidmat pelanggan United Airlines dan syarikat berkenaan meminta maaf selain menawarkan untuk tiket penerbangan baharu ke Washington.

Selain memberikan alasan tidak munasabah, United Airlines juga mempertahankan tindakannya menghalau keluarga Eaman-Amy dari penerbangan.

"Kami United Airlines sentiasa memberikan perkhidmatan tertinggi dan profesional dan tidak bertoleransi terhadap diskriminasi," kata United Airlines melalui satu kenyataan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment