Monday, April 04, 2016
Bina Loji Air RM800 Juta : Tindakan Separuh Masak Kerajaan Selangor Yang Sia-sia
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi
Zahari menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mahu membina dua
loji rawatan air baru bagi menampung masalah air di Labuhan Dagang dan
Semenyih yang mencecah kos sebanyak RM800 juta adalah sangat tidak
berasas dan membazirkan duit rakyat.
Tegasnya apa yang cuba dilakukan kerajaan Selangor itu penuh dengan
tanda tanya dan cukup merugikan kesan tindakan separuh masak kerajaan
pimpinan PKR bermain politik dalam isu air.
“Saya
tidak nampak asas yang kukuh untuk kerajaan negeri Selangor membazirkan
duit rakyat untuk membina loji air ini. Ini bukanlah langkah bijak bagi
menyelesaikan krisis air yang dijangka melanda negeri Selangor.
“Lagi pun daripada mana mereka mahu mendapatkan sumber air mentah
bagi disalurkan ke loji yang bakal dibina nanti? Perkara ini juga perlu
diberi perhatian dan perlu dijawab oleh Menteri Besar Selangor.
“Jangan hanya pandai umum tapi perkara tersebut langsung tidak
relevan. Buat loji baru tapi sumber air tidak ada…Ini melibatkan duit
yang banyak… duit rakyat,” katanya kepada media di sini.
Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri yang akan membina Loji
Rawatan Air Semenyih 2 di Jenderam Hilir dan Loji Rawatan Air Labohan
Dagang di Kuala Langat yang dijangka siap pada 2017 sebagai inisiatif
memastikan bekalan air mencukupi.
Justeru beliau berharap rakyat khususnya di Selangor mengambil
iktibar terhadap tindakan kerajaan Selangor sebelum ini yang membatalkan
projek Langat 2 yang akhirnya menyebabkan penduduk di negeri itu bukan
sahaja bakal berdepan krisis air malah ratusan juta wang terbang begitu
sahaja.
Sementara itu bagi Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin
Mohd Harun Narrashid pula berkata pembangkang seharusnya belajar
daripada apa yang terjadi terhadap isu krisis air di negeri Selangor.
Dek kerana lebih mementingkan politik daripada kepentingan rakyat
jelasnya maka kini warga Selangor terpaksa berhadapan dengan masalah
air.
“Jika dahulu Kerajaan Negeri Selangor tidak mempolitikkan perjanjian
dengan syarikat konsesi air bagi menyiapkan pembinaan Loji Rawatan Air
Langat 2 (Langat 2), sudah pasti krisis bekalan air tidak akan terjadi.
“Tapi mereka tidak mahu mendengar apa yang diutarakan oleh kerajaan
pusat. Bagi mereka apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan pusat tidak
betul sehinggakan kebajikan rakyat terabai. Kini siapa yang susah dan
teraniaya,” soalnya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Azmin Ali yang mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor
dijangka menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment