Monday, April 04, 2016

Deklarasi Rakyat Untuk Puaskan Nafsu Politik Mereka Yang Gila Kuasa - Syed Ali

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Syed Ali Abhabshee mendakwa Deklarasi Rakyat tajaan pembangkang yang konnonnya untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ hanya akan memecahbelahkan rakyat terutama orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata rakyat semakin keliru dengan agenda deklarasi tersebut yang ternyata lebih cenderung mengajak rakyat menolak kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Malah katanya, deklarasi tersebut tidak berasaskan kepada usaha menyatupadukan rakyat akibat perseteruan politk yang sempit sebaliknya untuk memuaskan nafsu politik mereka yang gilakan kuasa.
deklarasi rakyat gila kuasa 
Deklarasi tersebut tambah beliau,  hanya memberi fokus untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri secara tidak sah dan bercanggah dengan amalan demokrasi serta perlembagaan.

“Kumpulan ini mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan rakyat terutama orang Melayu ekoran kemelut politik negara,” ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Beliau berpendapat, adalah tidak munasabah untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara paksaan dengan memperalatkan rakyat menurunkan tandatangan pada deklarasi tersebut.

“Mengapa terlalu ghairah dan gelojoh sangat nak jatuhkan Najib dan gulingkan kerajaan, apakah mereka (pembangkang) sudah tidak boleh sabar melakukannnya menerusi proses pilihan raya,? soal beliau.

Tindakan tersebut ujarnya, menunjukkan mereka ada agenda tersendiri dan perkembangan itu amat dibimbangi  negara akan porak peranda akhirnya.

Kata Syed Ali, sepatutnya rakyat diberikan peluang secara mutlak dan berdasarkan proses pilihan raya umum sepertimana yang dibenarkan oleh perlembagaan dan amalan demokrasi untuk menentukan pilihan.

Menurut beliau, pembangkang dan kumpulan yang anti-Najib sewajarnya menggunakan saluran pilihan raya untuk menukar kerajaan dengan memberi peluang kepada rakyat.

“Pada pilihan raya, rakyat yang berkuasa untuk menentukan pembentukan kerajaan dan pentadbiran negara, biarlah rakyat yang buat pilihan secara rela hati,” tambahnya lagi.

Jelas beliau lagi, Dap dilihat lebih berperanan dan menonojol dalam usaha menggerakkan Deklarasi Rakyat berbanding parti pembangkang yang lain.

Ini kata katanya, menunjukkan Dap lebih ghairah untuk menghancurkan kesatuan orang Melayu menerusi UMNO di samping menjadikan beberapa pemimpin veteran UMNO sebagai batu loncatan.

“Ada segelintir pemimpin UMNO turut bersekongkol menjayakan agenda Deklarasi Rakyat, perbuatan itu amat tidak kena dan bertentangan dengan perlembangaan parti,” katanya.

Syed Ali berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan Dap telah menimbulkan kekecewaan sebahagian besar orang Melayu dan ahli-ahli UMNO.

“Ada yang meluahkan rasa sakit hati dengan tindak-tanduk Dr. Mahathir yang bersatu dengan Dap untuk menjatuhkan Najib, ini tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” tegasnya.

Mengenai kemungkinan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dipecat daripada UMNO, Syed Ali berkata terpulang kepada parti.

“Lembaga Disiplin UMNO difahamklan akan mengambil tindakan terhadap mereka, itu keputusan pucuk pimpinan parti yang tentunya bersikap adil berdasarkan tindak-tanduk mereka,” katanya.

Semalam, Syed Ali secara terbuka menasihatkan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah itu kembali semula ke pangkuan UMNO sebelum terlanjur mengkritik parti dan pentadbiran Najib.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment