Monday, April 04, 2016
AMANAH Anggap ‘Himpunan Bantah GST’ Berjaya
Mungkin baru pertama kali anjurkan program, pertama kali aturkan dan
bergaul dengan rakyat jelata. Mungkin mereka rasa dihargai kot… Sebab tu
Parti Amanah Negara (Amanah) berasa bangga sangat dengan ‘Himpunan
Bantah GST’ yang diadakan pada Sabtu lalu.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad adalah antara yang berasa bangga, seronok dan mendabik dada.., gara-gara ‘kejayaan
gilang-gemilang’ hasil daripada ‘Himpunan Bantah GST’ yang diadakan di
ibu negara tersebut.
Iyalah, sebelum ini mereka tidak pernah diberi kepercayaan untuk
menguruskan sebarang perhimpunan. Sekarang ni walaupun tumpang Pakatan
Harapan je, tapi mereka rasa macam Amanah ni anak emas DAP.. Hahaha!
Padahal himpunan tu takde la rancak mana, hambar je. Tapi Amanah syok
tak terkata, sebab katanya mampu mengumpulkan seramai 10,000 peserta.
Wowwwww!! Betul ka 10,000 peserta?? Banyak tu bebbbb!! Tapi kenapa
krikkk krikkkk je??
“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.
“Kita lihat kemuncaknya, memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.
“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya.
Anak-anak buah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ni
‘peqak hulu’ dan ‘jakun’ sikit, sebab tu dorang dok rasa macam himpunan
mereka mendapat sambutan yang menggalakkan serta ramai yang turut serta.
Tetapi bagi presidennya Amanah, Mat Sabu langsung tak puas hati dengan
sejumlah peserta yang hadir pada perhimpunan tersebut. Kan dah cakap
yang perhimpunan tu hambar.. Ada la beberapa kelompok je yang hadir
memeriahkan pesta jalanan buang masa tu.
Bang sangat katanya, rancang dalam waktu yang singkat je tapi
‘agak ramai’ yang hadir untuk turut serta. Pelbagai kaum pulak tu yang
hadir.. Hahaha! Pastinya yang hadir tu jenis tak faham bahasa dan dungu
macam dorang kan.
“Kehadiran mencapai target (sasaran) dan kehadiran agak baik daripada semua kaum. Saya berpuas hati dengan kehadiran semalam.
“Kami agak memang sebanyak itu sahaja kerana kami tidak buat satu
himpunan macam sebesar Bersih. Himpunan ini hanya gerakan dalam masa
yang singkat,” katanya.
Kalau nak diikutkan takde la ramai mana pun yang hadir, dah tu buat
pulak dekat hadapan Kompleks Beli Belah Sogo. Jalan tu sudah la kecil je
sebab tu la nampak macam ramai yang hadir. Cer kalian buat kat tempat
yang lapang, hahaaa!! Mesti boleh kira dengan jari.
Mereka ni pulak cerdik sebab buat pada hujung minggu.. Yalah, mamat-mamat
bangla kan cuti.., mesti la mereka keluar jalan-jalan di ibu kota.
Nampak ‘ramai’ sebab ramai dengan warga asing je, hahahaha! Ditambah
pula dengan geng-geng rombongan cik kiah yang bershopping di ibu kota,
betul tak??
Disediakan oleh : PeneranganPemuda SEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment