Monday, April 04, 2016
Golongan Ultra Kiasu Patut Kembalikan Pulau Pinang Kepada Kedah
Pulau Pinang yang diberi jolokan Pulau Mutiara sepatutnya dikembalikan
semula kepada Negeri Kedah. Ini kerana Pulau tersebut kini dijadikan
sebagai medan kehancuran oleh parti pembangkang.
Penceramah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendesak dan merayu
kepada Sultan Kedah untuk menuntut semula Pulau Pinang kembali dibawah
jajahan negeri Kedah. Gugusan kepulauan tersebut wajar dikembalikan
semula, bagi membendung ‘wabak’ kekejaman dan penindasan terhadap orang
melayu oleh puak ultra kiasu.
Ridhuan Tee percaya bahawa Sultan Kedah pada ketika ini, Tuanku Abdul
Halim Mua’dzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong mampu dan mempunyai
hak untuk menuntut semula Pulau Pinang kembali ke tangan Kedah.
“Hamba merafak sembah, memohon dan merayu kepada Duli Tuanku Sultan
Kedah, ambillah kembali pulau bertuah ini (Pulau Pinang) ke pangkuan
Tuanku.
“Benar, sejarah telah menjadi sejarah. Tetapi Duli Tuanku mampu melakukannya,” katanya.
Pada tahun 1786, Pulau Pinang yang dahulunya adalah sebahagian daripada
negeri Kedah telah dipajak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Tindakan tersebut sebagai balasan atau ganjaran kerana Kedah memohon
perlindungan daripada serangan Kerajaan Siam.
Walaupun penceramah kontroversi tersebut tidak menamakan siapa gerangan
ultra kiasu tersebut, namun pastinya kita sudah sedia maklum mengenai
penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh golongan DAP terhadap orang
melayu di kepulauan tersebut.
Mereka bukan sahaja berlaku tidak adil terhadap orang melayu, bahkan
menidakkan segala hak yang sepatutnya menjadi milik masyarakat melayu.
Harta-harta serta tanah orang melayu dirampas, mereka diusir dari
kampung mereka sendiri. Tempat tinggal dimusnahkan serta dibiarkan
merempat.
Kekejaman tersebut wajar dihentikan serta merta sebelum terlambat. Ultra
kiasu sekarang ni sengaja menyiksa orang melayu, bagi mendesak kerajaan
untuk menurut segala kemahuan mereka. Membuka segala ruang dan peluang
yang ada untuk mereka.
Sebelum nasi menjadi bubur adalah baiknya jika Sultan kedah membuat
tuntutan semula terhadap Pulau Pinang dan menyelamatkan orang Melayu
yang ditindas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment