Friday, April 01, 2016
Anda Pernah Nampak Ke Duduk Bersama.... Wan Azizah, Nurul Izzah Boikot... Kerjasama Dengan Mahathir?
Himpunan pertama kononnya untuk selamatkan Malaysia, `Muafakat
Selamatkan Malaysia’ yang diadakan di Ampang Jaya tidak mendapat
sambutan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Tidak ramai yang hadir. Meskipun banyak nama besar di kalangan pemimpin
pembangkang seperti Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu dan
`pembangkang baru’ iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, namun himpunan ini gagal menarik perhatian ramai.
Nama-nama berkenaan gagal menarik orang ramai malah jumlah kehadiran tidak memenuhi satu padang pun.
Namun apa yang menariknya, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan
Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar tidak hadir pada malam ini. Ia
merupakan kali ketiga kelibat mereka langsung tidak kelihatan.mahathir
Kali pertama ialah ketika Deklarasi Rakyat ditandatangani manakala kali
kedua adalah dalam perhimpunan tertutup Selamatkan Malaysia yang
diadakan di Shah Alam pada Ahad.
Malam ini, sekali lagi Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak hadir. Timbul
persoalan mungkin Anwar Ibrahim boleh memaafkan perbuatan Mahathir
kepadanya, namun tidak bagi Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Bukan mudah untuk menghapuskan dosa-dosa Mahathir selama 22 tahun
memerintah dan adakah mereka masih berdendam dengan Mahathir kerana
menyumbat Anwar ke dalam penjara?
Ketidakhadiran mereka telah memberi isyarat jelas mengenai penerimaan
terhadap Mahathir. Mereka mempunyai prinsip tersendiri jika memilih
untuk tidak memaafkan Mahathir, hanya Mahathir yang tidak lagi memegang
kepada prinsip perjuangannya sebelum ini.
Beliau rela bekerjasama dengan pembangkang demi tercapai cita-cita peribadi. Tidak peduli walaupun digelar zalim sebelum ini
Apa yang pasti rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan pembangkang
serta Mahathir. Tuduhan yang dikitar diulang semula pada malam ini.
Kalau dilihat kepada sambutan hambar malam ini, nampaknya impian
Mahathir untuk mendapatkan sejuta tandatangan bagi diserahkan kepada
Yang di-Pertuan Agong tidak mungkin akan berjaya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment