Monday, March 28, 2016
Apa Sudah Jadi Sistem Keselamatan..... Menara Kediaman Di UAE Terbakar
DUBAI : Sebuah menara kediaman di Ajman di Emiriah Arab Bersatu (UAE) terbakar pada lewat malam Isnin.
Insiden berkenaan merupakan kes kebakaran terbaru melibatkan bangunan tinggi di negara itu.
Akhbar tempatan Khaleej Times melaporkan bahawa penghuni kediaman dipindahkan dan pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.
Sekurang-kurangnya empat kebakaran berlaku membabitkan bangunan tinggi di UAE dalam tempoh tiga tahun.
Kes tersebut merupakan kebakaran berlaku di sebuah hotel di Dubai pada
malam tahun baharu yang lepas, kebakaran di bangunan kediaman 79 tingkat
di Dubai pada Februari tahun lalu dan sebahagian bangunan kediaman 34
tingkat musnah pada November 2012.
Kumpulan pakar berkata, terdapat beberapa kes yang menyebabkan api marak
kerana penggunaan sejenis lapisan di luar bangunaan untuk hiasan atau
penebat, yang mudah terbakar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment