Friday, March 25, 2016

Adun DAP Pulau Pinang Kecewa Dengan Tindakan Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/ong-kok-fooi_lim-guan-eng_600.jpg
Isu pembelian rumah banglo mewah dibawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang hangat diperkatakan... Disana sini sibuk berbicara mengenai pembelian rumah kediaman Guan Eng.

Bagaimana tidak hangat diperkatakan... Orang ramai terkejut dengan pembelian rumah Guan Eng yang jauh lebih murah dari harga pasaran... Sedangkan rakyat golongan bawahan yang mahu mencari rumah mampu milik dinegeri itu ditawarkan dengan harga yang tidak masuk akal.

Bila skandal ini mula didedahkan, Guan Eng pun mula menggelabah biawak dengan memutar belit fakta isu pembelian rumah tersebut... Guan Eng boleh cakap rumah tersebut murah sebab tak ada kolam renang.

Selepas itu, Guan Eng boleh pula buat rumah terbuka untuk para media bagi menunjukkan rumah yang dibelinya itu tidak mempunyai unsur-unsur rasuah atau unsur yang meragukan.

Dah tu, boleh pula nak tunjuk hero dengan mengatakan beliau tidak takut dengan serangan ini dan akan memberi kerjasama dengan pihak SPRM untuk siasatan dilakukan dengan segera... Tapi sampai hari ini, Guan Eng tak beri kerjasama dengan pihak SPRM.. Kuat wayang betul Guan Eng ni!!

Ekoran tindakan Guan Eng membeli rumah dengan harga murah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Ong Kok Fooi seakan menyesal dengan tindakan tersebut.

Kok Fooi berkata, sekiranya beliau ditawarkan jualan rumah seperti yang diterima Guan Eng, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut walaupun ia tidak menyalahi undang-undang.

Jelas Kok Foi, sekiranya beliau menerima tawaran terbabit, sudah pasti akan wujud satu pertikaian dan persoalan di dalam kalangan pengamal media dan orang ramai, sepertimana yang berlaku kepada Guan Eng pada hari ini.

"Jika hal ini berlaku kepada saya, saya tidak akan menerima (tawaran jualan)," kata Kok Fooi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment