Monday, March 28, 2016

Najib Razak Masih Diperlukan Untuk Berkhidmat Demi Negara - Bung Mokhtar

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/bung1.jpg
Sebagai seorang rakyat yang menetap di negara Malaysia, mereka harus sedar betapa pentingnya kehadiran pemimpin dalam usaha untuk membangunkan negara. Sikap suka menolak kepimpinan hanya disebabkan terlalu terpengaruh dengan khabar angin palsu wajar dihentikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata kehadiran Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sistem pentadbiran negara adalah sangat bermakna dan paling utama. 

Najib Razak masih diperlukan untuk berkhidmat demi negara, agama dan bangsa. Tidak wajar bagi sesetengah individu yang cuba untuk menidakkan kepimpinannya yang selama ini telah mengharumkan nama negara ke seluruh pelusuk dunia. Hanya disebabkan beberapa kontroversi dan tersebarnya berita palsu, pihak tertentu bertindak mengambil kesempatan dengan mendesak Najib supaya melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.

Sekiranya mereka terlalu taksub dan bencikan Perdana Menteri sekali pun, mereka harus  tunggu sehingga pilihan raya akan datang atau Pemilihan UMNO pada 2018. Tindakan Gerakan Selamatkan Malaysia yang tidak putus-putus mendesak Najib berundur hanya kerana terpengaruh dengan tuduhan beliau dikaitkan dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa patut dihentikan.

Tindak tanduk beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid jelas nampak bahawa mereka begitu terdesak untuk menjatuhkan pemimpin negara sendiri.

“Tunggu la pilihanraya atau pemilihan UMNO untuk membawa perubahan, buat masa ini Najib masih diperlukan,” katanya.

Mereka ini wajar dikenakan tindakan oleh  Lembaga Disiplin UMNO kerana menuduh dan memcipta onar serta fitnah bahawa Najib tidak layak memerintah untuk negara. Fitnah tersebut bertujuan mahu memburukkan Najib supaya rakyat benci terhadapnya.

“Buat masa ini UMNO perlu meneliti langkah-langkah yang perlu diambil kepada mana-mana ahli parti yang melanggar batas perlembagaan parti, ini penting untuk kemantapan parti,” katanya.

Mereka sepatutnya memberi kepercayaan penuh kepada Najib kerana beliau merupakan kepala negara teratas. Sikap hendak membalas dendam dan bertindak demi kepentingan diri sendiri adalah satu tindakan yang tidak matang serta memalukan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment