Nama Phang sering disebut-sebut sejak kontroversi berkenaan rumah banglo yang dibeli oleh Guan Eng dengan harga yang sangat murah. Harga bawah pada nilai pasaran kot!! Dah la rumah banglo di kawasan Pulau Pinang, memang mahal la harga dia. Phang ini pula dipercayai adalah pemilik rumah banglo yang dijual kepada Guan Eng.
Mesti semua hairan kan, harga pasaran rumah banglo terbabit mencecah RM6 juta lebih tetapi Phang jual dekat Guan Eng hanya dengan harga RM2.8 juta.
Timbul persoalan mereka ni skandal ke?? Sebab tak mungkin dua-duanya buta tuli, tak tahu harga pasaran rumah seperti yang didakwa Guan Eng.
Ditambah pula dengan dakwaan khabar angin yang menyatakan bahawa Phang ini sebenarnya adalah sepupu kepada EXCO Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh. Sebab semasa akuan sumpah, Phang wakilkan Phee Boon untuk bacakan bagi pihaknya. Jadi timbul keraguan disitu.
Apa kena mengena Phee Boon dalam hal ini sehingga memaksa dia mewakilkan dirinya demi Phang?
Adakah mereka berdua ini saudara mara dan ada kaitan dengan kes rumah banglo Guan Eng?? Ada juga dakwaan yang timbul menyatakan, bahawa Phang juga merupakan rakan kongsi di tiga buah syarikat bersama dengan pemilik saham terbesar KLIDC, Datuk Tang Yong Chew.
No comments:
Post a Comment