Monday, March 28, 2016

Tony Pua Bakal Disiasat Kerana Fitnah Pihak Polis

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua bakal dipanggil untuk disiasat berhubung tweetnya di laman sosial. Tony Pua sebelum ini dilihat memuatnaik satu tweet di akaun twitter miliknya.. Tweet tersebut dilihat seperti sengaja mahu mengelirukan rakyat mengenai satu kejadian yang membabitkan isu pihak berkuasa.

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk membuat siasatan terhadap Tony Pua, selepas dia dilihat sengaja memfitnah pihak polis dan memutarbelitkan fakta kes mahkamah membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah.

“PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Panggil orang ini dan siasat,” tulis Khalid di Twitter.

Ahli  Parlimen Petaling Jaya Utara itu, dilihat memberi komen mengenai kes kematian yang melibatkan seorang remaja lelaki yang mati akibat terkena tembakan seorang anggota polis enam tahun lepas. Bersama komen tersebut, Tony Pua turut sertakan satu artikel yang bertajuk ‘IGP refuses to apologise to Aminulrasyid’s family’.

Tindakan Tony Pua tersebut jelas menunjukkan bahawa dia sengaja mahu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap pihak polis. Malah kita juga percaya, bahawa tindakannya itu hanya untuk menjatuhkan maruah dan kreadibiliti pihak berkuasa. Mungkin juga Tony Pua mahu memburuk-burukkan lagi keadaan berhubung dengan keengganan pihak berkuasa memohon maaf.

Sebelum ini, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 46, selaku plaintif bertindak menamakan Koperal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum menjadi Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Sejurus Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan tuntutan saman dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan. Keluarga mangsa menerima ganti rugi berjumlah RM414,800 disebabkan kecuaian Jenain hingga mengakibatkan kematian Aminulrasyid yang luka terkena tembakan di kepala.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment