Monday, March 28, 2016

DAP Melaka Semakin Hilang Kepercayaan Terhadap Parti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimi3QxRuZWPmifvzT8t8WHDfyFEPuYsJ2yE0xwDL3GVmIAS3vyhA27Y27JpKdfCDOIt3orNLZBrqzDHGshsbEdJJYwpKWm9EEqwvwcBiljYtvW9BsYwRtU-rRkR2BpIiiM7Q65gqwfGfQL/s1600/DAP+Melaka.jpg
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad telah memaklumkan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San dari DAP, kini disahkan telah keluar daripada parti DAP.

Perkara tesebut dimaklumkan pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri Negeri di Melaka. Bukan itu sahaja, malah Goh Leong kini disahkan menjadi ADUN Bebas.

Akibat daripada penarikan diri daripada parti DAP dan jawatan  ketua pembangkang yang disandangnya sebelum ini. Terkini jawatan tersebut telah pun diisi oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong juga daripada DAP.

“Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini,” katanya.

Dengar-dengar cerita sebelum ini berlaku sedikit ketidaksefahaman diantara anggota-anggota DAP di Melaka. Mana tidaknya jikalau sebahagian daripada mereka menyokong Goh Leong, tapi sebahagian lagi pula bertindak menyokong Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Jelas nampak berlaku perpecahan sokongan di Melaka.

Ditambah pula dengan berlakunya kontroversi isu rumah banglo yang dibeli Guan Eng pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran, hingga mengakibatkan sesetengah anggota parti DAP telah hilang kepercayaan terhadap Guan Eng.

Bukan itu sahaja, kepimpinan kerajaan DAP Pusat kini langsung tidak boleh dipercayai! Sebelum ini bukan main lagi, laungkan kata-kata tolak rasuah dan sebagainya tapi kini?? Semuanya telah terbongkar satu demi satu keburukan pemimpin DAP… Memang patut pun ahlinya keluar dari parti..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment