Friday, March 25, 2016
Pemuda Selangor Bidas Portal Pro Pembangkang Guna Video 2009 Untuk Sebar Fitnah
KUALA LUMPUR : Kebebasan media perlu ada hadnya dan pihak
yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah perlu dikenakan
tindakan tegas, termasuk membekukan permit penerbitan atau menyekat
penyiarannya, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan,
Muhammad Faizal Sufar.
Ini tegasnya termasuk laman web pro-pembangkang yang disekat
penyiaran dan kini dikhabarkan sudah menamatkan operasinya, namun
peristiwa tersebut tidak menjadi pengajaran buat sebuah lagi portal
pro-pembangkang yang mana baru-baru ini menyiarkan rakaman video
mengaitkan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor kononnya mendesak Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Zahid Hamidi melepaskan jawatan.
“Jelas
ia merupakan tindakan terdesak pihak pembangkang untuk menjejaskan
serta persepsi buruk kepada nama Perdana Menteri dan nama Pemuda UMNO
Selangor.
“Jelas rakaman video tersebut bukanlah berlaku semasa Majlis
Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan seluruh
negeri Selangor baru-baru ini, sebaliknya ia merupakan rakaman video
pada tahun 2009.
“Jadi apa sebenarnya matlamat, tujuan portal propembangkang ini
menyiarkan rakaman pada tahun 2009 tetapi mengatakan ia berlaku
baru-baru ini,” ujarnya kepada media.
Jadi, kebebasan media mana lagi yang mereka mahukan. Adakah berita
palsu dan fitnah yang mereka siarkan ini sebagai lambang kebebesan media
yang mereka perjuangkan?, soalnya lagi.
Justeru tegasnya kerajaan perlu mengambil tindakan melesenkan portal
berita seperti dilakukan negara jiran bagi memelihara keharmonian
nasional.
“Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk
memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa,
agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan
serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen termasuk
menyebarkan berita-berita atau video fitnah akan diambil tindakan,”
tambahnya.
Beliau menegaskan, kerajaan perlu memastikan rakyat yang sedang
menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas
menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment