Friday, March 25, 2016

Mahathir Cuba Nak 'Pelingkup Malaysia' Dengan Tindakan Bodohnya

http://www.ejinsight.com/wp-content/uploads/2015/08/1132585_d3e876e9b45650ca43dafd47283d8ef4-692x360.jpg
Geleng kepala melihat telatah orang tua gayut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan apa, setiap tindakan yang dilakukannya sekarang ini langsung tidak melambangkan yang dirinya itu ‘genius’.

Segala tindak tanduknya itu hanya cenderung kepada usaha untuk memusnahkan negara. Bak kata orang utara, nak ‘pelingkup Malaysia’! Usahanya menjatuhkan Perdana Menteri digiatkan dengan tindakan memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.., bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam terhadap Najib.

Okey la yang tu tak kisah la sebab hak Mahathir nak saman menyaman ni, tapi apa yang kita hairan.. Apa kena mengenai Mahathir dengan semua ‘jadah’ ni?? Mahathir tu ada kaitan apa dengan segala isu tu?

Apa yang paling bodoh sekali maklumat dan cerita yang mendorong Mahathir untuk menyaman Najib hanya diperolehi daripada sumber internet, majalah serta laporan akhbar. Makna kata, Mahathir sendiri tidak pasti sama ada maklumat yang diperolehi itu benar atau palsu.

Hanya dengan mendengar khabar angin Mahathir terus nak saman Najib. Eshhhhh, macam tu ke pemikiran orang bijak pandai?? Belum lagi pasti fakta atau auta, terus Mahathir nak saman demi memenuhi nafsu serakah dan dendam kesumat keturunannya.

Oooowwww… Rupanya macam tu cara seorang pemimpin yang disegani, dihormati dan disanjung tinggi lakukan untuk sabotaj negara. Dahulu dia yang membangunkan negara, tapi sekarang ini Mahathir sendiri yang hendak menjatuhkan negara. Kononnya nak pulihkan ekonomi negara la sangat kan.

Padahal semua usaha bodoh dan dungu Mahathir itu hanya untuk menjahanamkan negara, dan menjatuhkan orang-orang yang dibencinya. Nak kata dia jadi mangsa tidak juga, ditambah pula Mahathir langsung tiada kaitan dengan isu tersebut. Tiba-tiba nak saman.. Eshhh, pelik...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment