Monday, March 28, 2016
Politik Nyanyuk : Dah Kuli Pulak Yang Kena !!
EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Saya mula berfikir bahawa pemecatan
bekas ahli UMNO, Mahathir Mohamad dari kerusi Penasihat Petronas ini
benar-benar memberi kesan psikologi yang sangat hebat kepada bekas
Perdana Menteri yang pernah digelar sebagai Mahafiraun ini.
Sejak dipecat kabinet dari jawatan itu
minggu sudah, tidak ada apa logik dibuat Mahathir melainkan merapu
belaka. Setelah cuba meremehkan institusi kehakiman di negara ini
dengan saman takmasuk akal ke atas Perdana Menteri kelmarin, Mahathir
hari ini mendakwa Tengku Razaleigh (Kuli) sebagai orang yang mencadang
agar diadakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dah berapa lama sejak rancangan itu
(undi tak percaya) gagal, baru sekarang nak sentuh nama Kuli? Sebab itu
saya kata kena pecat dari Petronas ini ada beri kesan psikologi
kepada Mahathir, dahlah dalam keeadaan umur sekarang, sikit sikit hilang
kewarasan itu dilihat sebagai biasa.
Kejayaan Deklarasi Kelantan dokongan
Kuli yang dikatakan punca Mahathir mula menyerang Kuli itu hanyalah
alasan. Nak tutup Deklarasi Rakyatnya yang bukan saja gagal, malah
takde momentum.
Lagipun apa nak hairan orang berubah
pendirian, bukankah Mahathir suka macam itu?
Mahathir suka Muhyiddin
dari sokong Najib kepada tidak sokong Najib, tapi tak suka bila Kuli
pilih untuk sokong Najib berbanding dia? Kenyanyukkan apakah ini?
Rakyat dah bosan sebenarnya dengan
permainan politik Mahathir pembangkang ni. Dah tiba masa untuk move
forward. Nak ikut cakap Mahathir, apa dan bila yang semuanya jadi
betul? Sampai anak dia dapat jadi Perdana Menteri sajalah kot.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment