Sunday, March 27, 2016
Sikit Sikit Nak Salahkan UMNO.... Saya Tahu Penilaian Duti Setem Banglo RM4.2 Juta - Guan Eng
BATU PAHAT : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau
mengetahui penilaian duti setem banglonya di Jalan Pinhorn berjumlah
RM4.2 juta.
Beliau berkata, semasa beliau menjemput media datang ke rumahnya untuk
tinjauan selepas timbul kontroversi berkenaan, seorang wartawan bertanya
sama ada beliau mengetahui tentang hartanah berkenaan bernilai RM6 juta
seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin Umno.
"Saya tahu penilaian rumah saya untuk duti setem adalah RM4.2 juta.
"Apa yang saya katakan ialah saya tidak tahu bagaimana pemimpin Umno
nilaikan rumah saya pada RM6.1 juta kerana saya seorang ketua menteri,
bukan ejen hartanah," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri sesi
dialog dengan ahli-ahli DAP Johor di sini, Sabtu.
Beliau mendakwa kontroversi mengenai pembelian banglonya sebagai cara
Umno mengalihkan tumpuan daripada isu 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment