Monday, March 28, 2016
Tindakan Dr. Mahathir Tidak Dapat Diterima – Abdul Rahman
Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman
Bakar yang juga dikenali sebagai ‘giant killer’ tidak dapat menerima
tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya yang pernah menewaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang di kerusi Parlimen Marang dalam pilihan raya umum 1986 dan 2004,
Dr. Mahathir telah tersilap langkah kerana bersekongkol dengan
pembangkang terutama DAP untuk menyingkirkan Perdana Menteri.
Katanya, tindakan Dr. Mahathir yang bertalu-talu menyerang Perdana
Menteri dengan terbaharu mengesyorkan Majlis Raja-Raja campur tangan
dalam isu itu adalah sia-sia sahaja.
“Sebelum ini saya memang mengaguminya, rapat dan setia dengan beliau,
tetapi kalau beliau nak jual UMNO dan bekerjasama dengan DAP, kita tak
boleh terima,” katanya yang juga Penasihat Jawatankuasa Teknikal
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang selepas merasmikan Majlis
Graduasi dan Kecemerlangan Pelajar Kolej Vokasional ILP Marang di
Kampung Bukit Parit, dekat sini hari ini.
Mengulas kemelut politik UMNO ketika ini, sekiranya Najib
disingkirkan daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN), ia bererti UMNO
juga akan tersingkir memandangkan Perdana Menteri mendapat sokongan padu
daripada pemimpin parti dan komponen BN.
“Kalau singkir Najib, UMNO juga akan tersingkir. Begitu juga kalau khianatkan Najib, maka khianat lah UMNO,” jelasnya.
Justeru itu, Abdul Rahman menyeru kepada Mahathir dan konco-konconya
agar menghentikan segera usaha mendesak Najib meletakkan jawatan
sebaliknya menghormati amalan demokrasi berperlembagaan dengan menukar
pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum akan datang.
“Bertindaklah berdasarkan demokrasi, bukannya kerana nafsu dan dendam. Kalau tidak, huru hara negara,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment