Monday, March 28, 2016
Tabiklah Pada Presiden PAS..... PAS Tak Benar Ahli Sertai "Deklarasi Mahathir"
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi nasihatnya kepada
ahli-ahli PAS supaya menjahukan diri daripada menyertai "Deklarasi
Mahathir".
Ini keraja hujah Ahli Parlimen Marang itu, setiap proses perubahan
negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan
negara.
"Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak
(berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita.
"Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena
berhati-hati," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda
Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, Batu Kurau Perak, Ahad.
Kira-kira 2,000 kumpulan Anti Najib berkumpul di Shah Alam pada Ahad
untuk menyertai Kongres Rakyat 2016 yang ucaptamanya disampaikan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara yang menyertainya adalah penyokong Tun Mahathir, pemimpin PKR dan
DAP selain serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).
Abdul Hadi ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai PAN
kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, beliau
berkata ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota
PAS yang menyertai PAN.
Sementara itu, pada Sabtu, UMNO Sabah mengemukakan usul supaya Majlis
Tertinggi (MT) parti bersidang segera bagi membincangkan tindakan tegas
yang wajar diambil terhadap pemimpin dan anggota terbabit dalam gerakan
'Deklarasi Mahathir'.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata
ini termasuk menentukan tindakan sewajarnya terhadap anggota yang
terbabit dalam mana-mana gerakan atau aktiviti membelakangkan
kepentingan parti dan kerajaan.
"UMNO Sabah menggesa tindakan tegas diambil terhadap dalang gerakan
'Deklarasi Mahathir' yang mengancam sistem demokrasi berparlimen dan
boleh mengakibatkan implikasi negatif terhadap kestabilan politik,
keharmonian dan ketenteraman awam," katanya.
Musa yang juga Ketua Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan
Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah yang turut dihadiri Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan isu 'Deklarasi Mahathir' yang
dibawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama
pemimpin pembangkang serta turut disertai beberapa anggota UMNO.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat
negara ini tidak perlu mempedulikan gerakan Tun Mahathir dengan
pembangkang menerusi 'deklarasi Mahathir' kerana kerajaan Barisan
Nasional (BN) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Menurutnya kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan
melaksanakan pelbagai program yang dapat memenuhi kehendak selain
memastikan semua akujanji pada manifesto pilihan raya umum lepas dapat
dipenuhi.
Beliau berkata apa yang penting bukan deklarasi atau surat tetapi
tindakan yang boleh menguntungkan rakyat seperti projek perumahan mampu
milik yang sedang dilaksanakan kerajaan.
"Apa guna memekik sana, memekik sini? Melaung sana, melaung sini? Orang
yang dulu maki hamun kita, kita pula dakap dia. Ini tidak patut. Apa
yang patut adalah untuk kita jaga hati rakyat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment