Monday, March 28, 2016
UMNO Kelantan Setuju MT Pecat Pemimpin Parti Cuba Jatuhkan Presiden
KUALA LUMPUR : UMNO Kelantan bersetuju sekiranya
Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang
terlibat dalam gerakan cuba menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib
Tun Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri
Mustapa Mohamed.
“Kami (UMNO Kelantan) telah menyatakan di dalam Deklarasi Kelantan
jika mana-mana individu sokong gerakan untuk menjatuhkan Najib perlu
dipecat dari parti.
“Kami sependapat agar mereka dipecat. Itu pendirian UMNO Kelantan,”
kata anggota Parlimen Jeli itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari
ini.
Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian
Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri
Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama
pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor semalam.
Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk
anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan
sokongan padu terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan
presiden parti dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment