Sunday, March 27, 2016
Kongres Rakyat: Dr M Akui Seorang 'Diktator'
SHAH ALAM : Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau seorang 'diktator'
semasa era pemerintahannya 22 tahun lalu dan sebahagiannya berasa
bersalah kerana menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana
menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kongres "Selamatkan Malaysia" di sini pada Ahad.
Bekas perdana menteri itu ditanya bagaimana pelantikan seorang perdana menteri baharu akan mengubah situasi politik negara.
Dr Mahathir menjelaskan bahawa tidak kira siapa yang bakal menggantikan
Najib, mereka akan tahu apa yang berlaku jika mereka menyalahgunakan
kuasa.
"Mereka boleh melakukan apa yang saya lakukan, saya juga seorang
diktator sebelum ini, tetapi ia tidak mengapa. Rakyat tidak mengadakan
demonstrasi seperti ini terhadap saya sebelum ini," katanya dalam nada
berseloroh.
Dr Mahathir berkata beliau tidak bersalah sepenuhnya di atas kerosakan yang dilakukan kepimpinan pada hari ini.
Katanya, kesilapan bermula apabila Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul
Razak mencadangkan beliau kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn
sebagai pengganti.
"Kesilapan bermula dengan Tun Razak mencadangkan saya kepada Tun Hussein
dan kemudian Tun Hussein memilih saya sebagai timbalannya. Dan saya
dilantik sebagai perdana menteri.
"Sebagai seorang perdana menteri, saya harus memilih timbalan saya. Ia
adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) diikuti Tun Abdullah Badawi.
"Saya bertanggungjawab kerana meminta Tun Abdullah melantik Najib, jadi
bukan sahaja saya. Banyak individu terlibat dalam memilih beliau. Jadi
ia kesilapan saya dan juga orang lain," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment