Friday, March 25, 2016

Kereta Yang Dimiliki Oleh Kerajaan, Tidak Akan Disaman - Datuk Nur Jazlan

http://assets.bharian.com.my/images/articles/24nur.transformed.jpg
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu, bahawa selepas ini sebarang jenis kereta yang dimiliki oleh kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had yang ditetapkan. Maknanya mereka bebas daripada dikenakan saman ‘speed track’.

Hal ini disebabkan bagi memudahkan para menteri untuk melakukan urusan mereka. Ditambah pula dengan kebanyakkan kereta yang dinaiki menteri adalah bertujuan untuk urusan rasmi kerajaan dan berkhidmat untuk negara.

Namun begitu, itu tidak bermakna para menteri tidak boleh disaman langsung. Ini kerana hanya kereta milik kerajaan sahaja yang akan diberi pengecualian dan kebebasan. Sekiranya para menteri menaiki kereta peribadi, maka mereka akan tetap disaman sekiranya melanggar undang-undang jalan raya.

"Kereta kerajaan, (jika) kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis.

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu.

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan, kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya.

Betul la jugak kan… Sudah la mahu berkhidmat untuk kerajaan lepas tu kena pulak saman.. Hahaha! Mati la macam tu… Harus diingat, ini hanya untuk kereta kerajaan sahaja.., sat lagi ada pula rakyat yang jenis tak faham bahasa sentiasa menghentam, kononnya pihak polis berat sebelah pulak...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment