Monday, March 28, 2016
Mahathir Tipu Mengenai Masih Tiada Calon PM
Kelakar betul dengan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang giat mahu menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai
Perdana Menteri.
Mahathir boleh kata Kongres Rakyat yang dihadirinya semalam bersama
pemimpin pembangkang, masih belum mempunyai calon Perdana Menteri yang
sesuai.
Tambah Mahathir lagi, tujuan utama Kongres tersebut adalah mahu
menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu, dan
kemudiannya akan diputuskan pemimpin mana yang akan menggantikan Najib.
"Perkara utama adalah Najib mesti pergi kerana dia menjadi penghalang
utama. Selepas itu, kita akan putuskan siapa yang menjadi Perdana
Menteri. Ia bukan untuk kita menamakan perdana menteri daripada sini
atau disana," kata Mahathir.
Siapa laa yang bodoh nak percaya kata-kata Mahathir... Korang percaya ke
Mahathir takda calon Perdana Menteri lagi?? Kalau korang percaya dengan
kata-kata Mahathir ni, memang BODOH laa jawabnya.
Takkanlah nak suruh orang tu berundur dari jawatan tapi takda
pengganti... Nampak sangat bohongnya... Habis kalau dah undur sapa nak
tanggung semua kerja yang ditinggalkan, sementara nak cari calon yang
sesuai.
Mahathir sebenarnya dah ada calon Perdana Menteri sekiranya Najib
berundur.... Tu yang Mahathir beriye-iye nak Najib jatuh, sampaikan
sanggup bersengkokol dengan pemimpin pembangkang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment