Monday, March 28, 2016
Kakitangan PETRONAS Mencaci Dan Maki Hamun Di Facebook
Kecoh di laman sosial Facebook apabila ramai pengguna berkongsi status
seorang lelaki dikatakan bertugas dengan syarikat milik kerajaan,
Petronas yang sarat dengan maki hamun dan cacian terhadap pemimpin
negara.
Menggunakan nama Jalil Ismail, lelaki dipercayai sudah berumahtangga itu
kerap memuatnaik cacian dan maki hamun melalui akaun Facebook miliknya.
Bagaimanapun, sejak status biadapnya mula viral sejak pagi tadi, lelaki
itu segera memadam akaun Facebook sebelum diikuti isterinya.
Lelaki ini dipercayai bertugas di pelantar Petronas di Miri, Sarawak berdasarkan status dimuatnaik di akaunnya.
Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahman Abdul Kadir yang turut membidas
tindakan lelaki itu berkata ia tidak seharusnya berlaku dan meminta Tun
Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan kakitangan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) Itu.
"Berbeza pendapat itu boleh tetapi bukan dengan bahasa maki hamun dan nak takeover (ambil alih) kerja Tuhan," tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Nizar Hashim pula berkata ia satu tindakan
memalukan mengambil kira kakitangan Petronas terdiri daripada mereka
yang memiliki pendidikan tinggi.
"Agak memalukan juga mentaliti dan sikap seorang pekerja Petronas yang
kebiasaannya belajar tinggi dan elit. Ke ini pekerja stesen minyak?"
soalnya sinis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment