Friday, March 25, 2016
Skandal Banglo Guan Eng : Pemimpin DAP Pertikai Serbuan SPRM
EDITOR MENULIS...
24 MAC 2016
Kini rakyat Malaysia
makin menyedari sifat sebenar para pemimpin DAP. Masihkah anda ingat
segala komen-komen negatif yang dilemparkan oleh para pemimpin DAP
terhadap Datuk Seri Khir Toyo berkenaan pembelian banglo yang tidak siap
namun didakwa lebih murah daripada harga pasaran?
Bermacam-macam kata nista dan ejekan yang
mereka lontarkan di media sosial. Namun kini apabila Lim Guan Eng yang
merupakan antara pemimpin kanan DAP didakwa atas tuduhan yang hampir
sama walaupun kesalahan Lim Guan Eng jauh lebih Teruk daripada Datuk
Khir, seorang demi seorang pemimpin DAP tampil membela dakwaan rasuah
salahlaku Ketua Menteri Melaka tersebut.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tanjong Ng
Wei Aik pula mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengubah rancangan dan memilih “menyerbu” Pejabat Ketua Menteri Pulau
Pinang di tingkat 28, bangunan Komtar, semalam.
Menurut pemimpin DAP tersebut, sehari
sebelum itu, SPRM melalui satu kenyataan media menjemput Lim Guan Eng
untuk “datang pada bila-bila masa” untuk membantu dalam siasatan
berkaitan pembelian sebuah banglo milik ketua menteri itu pada RM2.8
juta di Jalan Pinhorn.
Mungkinkah pemimpin DAP berada dalam
keadaan terlalu selesa memandangkan pihak SPRM seringkali menyebelahi
mereka dalam kebanyakkan perkara. Oleh itu, tindakan SPRM yang menyerbu
pejabat Lim Guan Eng pula dianggap melampau walaupun perkara tersebut
berada dalam bidang kuasa mereka.
Setakat ini, tindakan SPRM tersebut
mendapat pujian dari rakyat. Walaubagaimanapun, langkah-langkah SPRM
seterusnya masih lagi diragui. Adakah pihak SPRM akan bertindak sehingga
Lim Guan Eng dipenjarakan sebagaimana yang berlaku terhadap Datuk Seri
Khir Toyo?
Jika pihak SPRM gagal menyumbat Lim Guan
Eng ke dalam penjara maka ianya pasti akan menaikkan kemarahan rakyat.
Tambahan pula, rakyat sudah menganggap bahawa SPRM merupakan “anjing”
DAP maka kegagalan SPRM melaksanakan tugas akan memberi kesan yang cukup
buruk terhadap mereka.
Menurut sumber, kedua-dua pegawai SPRM
yang menyerbu pejabat Lim Guan Eng, dipercayai meneliti beberapa dokumen
yang berkaitan dengan banglo kontroversi yang didakwa dibeli oleh Lim
di bawah harga pasaran. Ia adalah lawatan kedua kakitangan SPRM. Sebelum
ini mereka telah mengunjungi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau
Pinang tersebut pada Isnin lepas.
Walau bagaimanapun, Lim ketika itu
masih di Kuala Lumpur bagi menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat dan hanya
pulang ke Pulau Pinang hari ini untuk mesyuarat dengan semua wakil
rakyat DAP.
Dalam keadaan pemimpin DAP dilihat cuba
memberi tekanan kepada pegawai-pegawai SPRM, mampukah mereka membawa Lim
Guan Eng ke muka pengadilan? Atau akhirnya SPRM sanggup melepaskan Lim
Guan Eng begitu saja kerana telah banyak “terhutang budi” kepada DAP.
Rakyat sedang menilai anda, para pegawai kanan SPRM. Dan kita yakin, SPRM akan tetap bertindak tegas walau siapa pun jua yang terlibat...
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment