Sunday, March 27, 2016
Berhati-Hatilah..... RM1 Bilion 'Lesap' Ke Penipuan Internet
KUALA LUMPUR : Percintaan dengan lelaki Afrika begitu mengasyikkan,
sehingga wanita Malaysia sanggup menyerahkan sebanyak RM71 juta kepada
sindiket 'Love Scam' tahun lepas walaupun dengan adanya laporan
berterusan mengenai kes ini di media.
Mereka ini mendahului senarai mangsa yang kehilangan sejumlah RM1 bilion dalam kes penipuan dalam talian (online scam).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri
Mortadza Nazarene berkata penipuan oleh warga Afrika, termasuk
'penipuan bungkusan' dan 'penipuan cinta' (love scam) mencatatkan
peningkatan ketara tahun lepas, walaupun jabatan itu telah mengadakan
kempen dan liputan media mengenai modus operandi penipuan jenis ini.
Mortadza berkata terdapat sebanyak 14,627 kes penipuan dalam talian pada
tahun lepas, di mana mangsa-mangsa kehilangan sejumlah RM1.09 bilion.
Pada tahun 2014, jabatan itu mencatatkan 11,931 kes dengan kerugian berjumlah RM816 juta.
"Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa kes-kes tersebut mempunyai
trend menaik. Ini disebabkan kemasukan penjenayah siber asing," katanya
dalam satu temu bual sempena Hari Polis ke-209.
Mortadza berkata polis telah mencapai kemajuan dengan menangkap 610 penipu pada 2014 dan 417 pada tahun lepas.
Beliau berkata 90 peratus daripada mangsa penipuan Afrika adalah wanita.
"Antara wanita yang disasarkan mereka adalah wanita yang kesunyian,
mudah diperdaya, yang mencari cinta dan mereka yang dilihat sebagai
tamak," katanya.
Satu kajian yang dijalankan oleh Telenor Group, sebuah syarikat
telekomunikasi multinasional Norway dengan operasi di Scandinavia,
Eropah dan Asia, awal tahun ini mendapati bahawa Malaysia adalah negara
yang paling terdedah kepada penipuan di internet.
Kajian penipuan internet ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih baik mengenai kes ini dengan melibatkan pengguna
400 yang berusia antara 18 dan 65 tahun, di empat negara - Malaysia,
India, Singapura dan Thailand.
Malaysia mendahului senarai dengan 46 peratus daripada responden berkata
mereka telah menjadi mangsa penipuan internet, diikuti oleh Thailand,
43 peratus.
Kira-kira 46 peratus daripada responden Malaysia, yang kesemuanya
menyifatkan diri mereka sebagai pengguna internet dengan purata hampir
10 jam setiap hari berkata mereka tahu tentang rakan atau ahli keluarga
yang pernah ditipu dalam talian.
Kemasukan penjenayah siber tidak mengejutkan kerana negara ini telah menjadi hab multimedia di rantau ini.
"Penjenayah siber dapat masuk ke negara ini dengan menyamar sebagai
pelajar. Dalam kebanyakan kes, pelaku jenayah jenayah warga asing ini
menubuhkan pangkalan mereka di Malaysia," katanya.
Mortadza berkata walaupun JSJK tidak membantu Jabatan Imigresen dalam
membuat pemilihan pelajar asing yang memohon visa, mereka yang ditahan
akan dihantar ke Jabatan Imigresen di mana semua maklumat mereka akan
direkodkan melalui sistem biometrik untuk menghalang mereka daripada
memasuki negara ini lagi.
"Semua maklumat pencegahan jenayah siber boleh diperolehi melalui risalah, poster dan Facebook Polis Diraja Malaysia ," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment