Monday, March 28, 2016

Mahathir Sebenarnya Seorang Manusia MUNAFIK!!

Masihkah semua ingat suatu ketika dahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah kutuk pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang. Tapi kini semuanya berubah, siap berjabat tangan untuk bekerjasama menjatuhkan UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Lim Kit Siang adalah racist.., pelampau perkauman!

DAP adalah parti racist yang menidakkan hak orang Melayu sama sekali” itu kata Mahathir.























Tidak kurang juga dengan rakan seperjuangan Mahathir, yang juga turut bekerjasama mahu menggulingkan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka mengambil keputusan bekerjasama dengan pembangkang, malah bekerjasama dengan orang-orang yang pernah dikutuk oleh mereka sendiri. Ingat lagi kata-kata Muhyidin suatu ketika dahulu??

“Dia (Kit Siang) nak mengaburi mata orang Melayu kerana dia ada masalah.. Masalah dia orang dah lama tau DAP adalah parti yang cukup chauvinistic.. Cukup extreme!

“Pernahkah tuan-tuan dengar dia menyokong dasar-dasar perjuangan orang Melayu? Adakah pernah dengar dia kata tentang menyokong syiar Islam?” Itulah yang dikatakan oleh Muhyiddin.

Tapi kini apa sudah jadi?? Parti yang kalian ludah tu kini kalian jilat sampai lincin demi kepentingan peribadi masing-masing. Malah Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga pernah mengaku bahawa Mahathir ini sebenarnya seorang perompak besar dan penyamun harta rakyat. Mahathir sangat licik dan Najib tidak mampu untuk menandingi kelicikan Mahathir yang merompak harta rakyat.

“Sebab itu Dr Mahathir banyak bijak.. Najib jangan tipu dia! Sebab dia kepala perompak dulu.. Dia tahu!

“Dia terlibat dahulu masa zamannya kisah BMF, kisah Maminco, kisah PERWAJA.. Bilion-bilion! Najib jangan main dengan Mahathir.. Kamu Junior nak buat kerja ni” kata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Nahhhhhh… Mat Sabu sendiri mengaku bahawa Mahathir lebih professional dan lebih cekap dalam hal-hal merompak wang rakyat. Tapi sekarang?? Mahathir nak tuduh Najib buat benda-benda macam dia buat dulu.

Lebih memalukan Mahathir siap sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang, Mat Sabu dan orang-orang yang pernah dikritik olehnya! Mana maruah diri Mahathir?? Jelas Mahathir memang manusia MUNAFIKKKK!! Memalukan negara dan jilat ludah sendiri! Terlalu terdesak dan bertalam dua muka sehingga sanggup jalinkan kerjasama demi menjatuhkan pemimpin negara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment