Friday, March 25, 2016
Lepas Seronok Mengkritik Najib, Kini Mukhriz Takut Jika Di Pecat
Amboiiiii… Selama ini bukan main seronok bekas Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir dok mengkritik dan menghentam Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bergandingan pula dengan bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghentam Najib.
Tuppptuppppp, sekarang ini baru tahu nak menyesal! Baru tahu nak cuak
dan gabra! Seronok-seronok tengah perburuk Najib di mata rakyat, lepas tu
baru sekarang nak merayu-rayu, melutut supaya tidak dipecat dari parti.
Konon suruh bagi dia dan Muhyiddin yang digantung tugas untuk membela
diri. Selepas seronok berpesta, buat tour memburukkan kepimpinan
tertinggi parti.. Nahhhhhh, sekarang ni baru nak ingat Tuhan?? Konon
kalau dipecat pun, biarlah keputusan yang dibuat itu berdasarkan
perlembagaan parti.
“Saya harap mereka akan guna perlembagaan, tidak ambil tindakan sewenang-wenangnya.
“Maksudnya kena ada siasatan oleh lembaga disiplin, kami diberi tunjuk
sebab mungkin, diberi ruang untuk membela diri dan tidak hanya mengambil
tindakan pecat tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan parti,” katanya.
Dulu masa Mukhriz dan Muhyiddin sedang rancak mengutuk dan menghentam Najib
di hadapan rakyat, dorang ni tak fikir mengenai tindakan yang bakal
dikenakan terhadap mereka. Sekarang ini apabila Ahli Majlis Tertinggi,
Datuk Seri Nazri Aziz menyuarakan tindakan mereka yang melampaui batas
kepada Jawatankuasa Disiplin parti. Hahaaaa… Baru mereka nak gelabah
biawak.
Tetapi dakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein,
walaupun parti UMNO menerima pelbagai desakan dari akar umbi supaya
mengambil tindakan terhadap Mukhriz dan Muhyiddin. Akan tetapi sehingga
kini masih tiada sebarang tindakan dibuat UMNO.
“Tidak, kami perlu tunggu sehingga ke mesyuarat Majlis Tertinggi. Mereka
(akar umbi) tidak mewakili dalam Majlis Tertinggi,” katanya.
Nampak tak bahawa parti masih lagi memberi peluang kepada Mukhriz dan
Muhyiddin untuk insaf dan bertaubat. Tapi kalau masih lagi berdegil, bye
bye la jawab dia...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment