Monday, March 28, 2016
Nasib Muhyiddin, Mukhriz Ditentukan Mesyuarat MT UMNO Akan Datang - Zahid
KUALA LUMPUR : Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membuat keputusan untuk
mengambil tindakan tatatertib terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada mesyuaratnya akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan
tindakan Timbalan Presiden yang digantung dan bekas Menteri Besar Kedah
itu menyertai 'Kongres Selamatkan Malaysia' pada Ahad.
Kedua-dua mereka adalah antara 18 penceramah yang berucap dalam kongres
itu bagi menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita akan bincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang," kata Zahid.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata parti itu akan mengambil tindakan tatatertib termasuk
melucutkan keahlian mana-mana anggotanya yang menghadiri perhimpunan itu
pada Ahad.
Gerakan Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohammad menggesa supaya Najib meletak jawatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment