Monday, March 28, 2016

Ku Seman Minta Berhenti Bukan Dipecat – Utusan

kuseman
Ku Seman Ku Hussain, Pengarang Utusan Malaysia yang menulis rencana terakhir semalam tidak dipecat atau diminta berhenti oleh Utusan Melayu (M) Berhad seperti yang cuba digambarkan oleh Malaysiakini.com dan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menurut sumber pengurusan Utusan yang dihubungi media, Ku Seman telah membuat permohonan untuk berhenti dari Utusan Malaysia. 

“Ku Seman yang pohon untuk berhenti. Tiada sebarang isyarat atau tekanan daripada pengurusan agar beliau berhenti,” kata sumber tersebut.

Malaysiakini semalam cuba membuat andaian bahawa Ku Seman “dipaksa” berhenti kerana menulis rencana yang mengkritik Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dalam isu derma RM 2.6 bilion.

Ku Seman sebelum ini lebih popular dengan penulisan kritikal dalam satera dan sosial. 

Sementara itu Jabatan Komunikasi dan Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menulis ucapan persaraan mereka kepada Ku Seman. 

“Selamat bersara buat Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein yg telah menamatkan tugasnya di Utusan Melayu pada 26/03/16, terima kasih diatas segala komitmen & sumbangan yang telah diberikan selama 32 tahun berkhidmat di Utusan Melayu.. selamat maju jaya & semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini..”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment