Monday, March 28, 2016

Teresa Kok Bagi Alasan Kelakar Demi Pertahankan Lim Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/terasa-koklim-guan-eng.jpg
Punyalah nak pertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, seorang ahli DAP ini sanggup memperbodohkan dirinya sendiri. Bagi alasan yang tidak logik langsung, semata-mata demi mempertahankan Guan Eng daripada terus dihentam.

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok memberi alasan kenapa Guan Eng dapat membeli sebuah rumah banglo mewah dengan harga yang tersangat murah, ini kerana Guan Eng dan pemilik rumah terbabit ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon sebenarnya adalah sahabat baik. Sahabat baik macam mana tu?? Baik sangat ke atau terlampau intim??

Kata Teresa, Phang bertindak sebagai seorang sahabat yang baik kerana sanggup menjual rumah banglo yang dimilikinya itu kepada Guan Eng pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Kalau Teresa jadi Phang pun dia akan lakukan perkara yang sama… Ooooo, demi persahabatan lani?? Hahahaha!!

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah,” tambah Ahli Parlimen Seputeh itu lagi.

Kalau kalian nak jual taknak ambil untung semata-mata demi sahabat ni, ikut suka kalianlah.. Tapi cuba tanya pada diri kita! Adakah manusia dalam dunia ni sanggup rugi berjuta-juta ringgit semata-mata demi persahabatan macam Teresa Kok ni kata?? Phang ni bukan setakat taknak ambil untung, tapi siap rugi berjuta-juta ringgit. Logik ke alasan yang diberikan Teresa ni??

Nak bohong budak hingusan boleh la… Siapa yang nak rugi oooiiii! Kalau balik modal okey lagi, ini siap jauh beza dari harga pasaran sebenar. Dalam pada itu Teresa sempat menafikan bahawa Guan Eng telah melakukan kesalahan dalam urusan jual beli hartanah, selain menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.” Ujarnya...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment