Monday, March 28, 2016

Banglo : Lim Perlu Atasi Isu Bukan Alihkan Perhatian Rakyat – Khairy

http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2016/03/Khairy-Jamaluddin.jpg
PERMATANG PAUH : Ketua Menteri Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, George Town sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata sebagai pemimpin, Lim tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta.
BUKIT MERTAJAM, 27 Mac -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO bergambar bersama Wanita UMNO Permatang Pauh selepas merasmikan Liga Bola Sepak Pemuda Permatang Pauh di SMK Guar Perahu hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Pengerusi DAP negeri Chow Koon Yeow berkata pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Khairy berkata pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu.

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosuder Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan.

“Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosuder yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan,” katanya.

Di GEORGE TOWN, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pemimpin DAP Pulau Pinang perlu bersikap ‘gentleman’ dan menjawab semua persoalan berkaitan isu itu dan berhenti menyalahkan pihak lain.
http://assets.bharian.com.my/images/articles/17zainal.transformed.jpg
“Apabila timbul dakwaan pembelian banglo Lim di Jalan Pinhorn di sini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula dipersalahkan. Adakah isu beli banglo dengan harga di bawah harga pasaran pun nak salahkan UMNO?

“Mereka (DAP) diasak dengan isu besar, ia diharap dapat memberi kesedaran bila pemimpin mereka dicerca, dituduh dan dikritik, harap DAP jawab isu ini dengan baik berlandaskan fakta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri hari ini.

Mengenai isu tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, yang dijual kepada pihak swasta, beliau berkata jika kerajaan negeri tidak mampu menyediakan rumah untuk rakyat miskin yang memerlukan, kerajaan persekutuan sentiasa bersedia membinanya.

Beliau berkata agensi kerajaan persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn Bhd (JKP) telah lama bersedia untuk memulakan projek perumahan untuk rakyat, cuma menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan negeri sahaja.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment