Monday, March 28, 2016

Akhirnya Mahathir Tewas Pertarungan Kepada Ku Li...

EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/Razaleigh-Hamzah-Mahathir.jpg
Pendedahan Tun Mahathir bahawa beberapa usaha beliau menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak adalah atas pandangan dan insiatif Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) merupakan satu fakta pahit yang pasti sukar ditelan oleh para penyokong bekas Perdana Menteri tersebut.

Selama ini kumpulan Pro-Tun sentiasa sahaja menguar-uarkan kehebatan pemikiran dan strategi Mahathir dalam politik dan mereka percaya Mahathir akan berjaya menjatuhkan Mohd Najib.

Justeru apabila Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa Deklarasi Rakyat merupakan draf mereka bukan dari Tun Mahathir ramai tidak percaya dan menyatakan mustahil untuk bekas Perdana Menteri Malaysia yang teragung ini akan mendengar pandangan Pakatan.

Namun hari ini apabila Mahathir mendedahkan bahawa beliau hanya ikut suruhan Ku Li mengadakan agenda menjatuhkan Najib, ia merupakan satu tamparan hebat. Benar atau tidak benar dakwaan Mahathir tidak lagi penting.

Apa yang menjadi fokus sekarang ialah jelas sekali Mahathir tidak lagi mempunyai keupayaan untuk membuat pertimbangan politik yang waras dan baik untuk kepentingan negara.

Menurut sebuah portal media, Tun Mahathir dilaporkan berkata Ku Li sebagai dalang disebalik gerakan bagi menjatuhkan Najib.

Dalam sidang akhbar pagi tadi Tun Mahathir mendedahkan mengenai sikap Ku Li. “Beliau tidak buat apa-apa pun (tapi) hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia.”

Hari ini Mahathir mengaku beliau hanya kuli kepada Ku Li dalam agenda menjatuhkan Perdana Menteri. 

Apakah tidak mustahil Mahathir juga hanya kuli kepada DAP dan kroni-kroni beliau yang kurang mendapat projek hari ini?

Rupa-rupanya Mahathir hari ini bukan lagi Mahathir 10 tahun lalu. Beliau bukan lagi pemimpin tetapi sedang menjadi alat kepada orang lain semata-mata. Pentaksub Mahathir harus menilai semula apakah mereka mahu membiarkan Mahathir terus dipergunakan untuk kepentingan orang lain.

Ku Li dan Mahathir : Akhirnya Ku Li Menang Juga

Sudah lama Ku Li dipermainkan oleh Tun M. Apabila Musa Hitam dua kali menang Timbalan Presiden mengalahkan Ku Li, Mahathir tetap beri jawatan penting kepada Ku Li bagi menyekat pengaruh Musa. 

Pada 1998 Anwar Ibrahim dipecat, maka Mahathir mencari Ku Li bagi mengukuhkan kedudukan UMNO. 

Pada 2008, apabila mahu menjatuhkan Pak Lah, Mahathir juga mencadangkan gabungan Ku Li-Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi mengasak Najib untuk melawan Pak Lah. 

Apabila Pak Lah mengumumkan pengunduran diganti Najib, Mahathir isytihar sokong Najib-Muhyiddin. Ku Li kena main lagi dengan Mahathir.

Akhirnya kali ini Ku Li pula mainkan Tun M. Politik serba kemungkinan.

Pentaksub Mahathir sampai bila mahu dipermainkan Mahathir?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment