Monday, March 28, 2016
ADUN Duyong Dap Isytihar ADUN Bebas… Kemelut Dap Makin Parah
KUALA LUMPUR : Kemelut Dap hari ini bukan sesuatu yang mampu
disembunyikan lagi, bukan sahaja di peringkat Pusat, malah di negeri
yang diterajui Dap di Pulau Pinang dan terbaru isu bekas Ketua
Pembangkang DUN Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San yang kini
diistiharkan sebagai ADUN Bebas.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Imanuddin Tan Sri Aziz berkata
konflik dalaman Dap Melaka bukan lagi perkara baru kerana sebelum ini
juga ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan DAP
negeri, di mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan
Adun Bachang, Lim Jak Wong.
Sementara
satu lagi kem yang diwakili ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun
Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha
Agung Dap, Lim Guan Eng.
“Dalam masa yang sama, tindakan Leong San yang banyak bersetuju dan
menyokong tindakan serta pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Idris
Haron banyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan anggota Dap
termasuk Lim Guan Eng sendiri.
“Inilah hakikatnya pentadbiran dan perjuangan carca-marba di kalangan
pemimpin Dap secara keseluruhannya, yang kononnya dilihat sebuah parti
yang telus, berintegriti dan parti yang lantang dalam soal kebebasan
bersuara, namun sebenarnya sebuah parti haprak yang menyekat suara
ahlinya sendiri,” ujarnya kepada media.
Beliau mengulas pengumuman Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad
bahawa Goh Leong San dari Dap kini merupakan ADUN Bebas di Dewan
Undangan Negeri.
Hakikatnya jelasnya lagi semenangnya integriti Dap kini hangat
dipersoalkan termasuk isu skandal rumah mewah yang dibeli oleh Guan Eng
menjadi pertikaian serta beberapa masalah dalam pentadbiran Dap di
beberapa buah negeri termasuk di Kedah, Pahang dan Johor.
“Apa yang penting kini, pemimpin dan ahli UMNO hari ini harus bekerja
kuat, khususnya di negeri Melaka di bawah pentadbiran Datuk Idris Haron
yang sering menjadikan agenda pembelaan masyarakat sebagai
keutamaannya.
“Kita jangan leka di sebalik kerapuhan dan keretakan yang berlaku
dalam Dap. Mereka kuat bersandiwara, hebat berlakon di pentas politik
untuk menarik sokongan rakyat dalam membenci UMNO dan BN dengan fitnah
dan persepsi negatif yang dilemparkan sedangkan hakikatnya mereka lebih
teruk dari fitnah yang dibuatnya terhadap parti dan pemimpin UMNO,”
ujarnya lagi.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San dari Dap
kini merupakan Adun Bebas, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman
Muhamad. Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum
ini disandang Goh kini diambil alih oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poey
Tiong juga daripada Dap.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment