Monday, March 28, 2016

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat Ramuan Kelangsungan UMNO Selama 70 Tahun – Shalimin

TAIPING : Bersempena UMNO yang bakal menyambut ulang tahunnya ke 70 pada 11 Mei ini, Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Hj Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie menyeru kepada semua ahli parti khususnya di bahagian Taiping agar menguatkan sepenuh iltizam dan kembali kepada roh perjuangan UMNO yang sebenar agar segala cabaran yang dihadapi dapat ditangani sebaiknya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0RLIEkEbOMczY1ZpFKegkC5Ja-Vz_D0Y_P6vEhXipIuJDDaD8P26gg7kmIHckcOPdHNpuxqvelYsoIQHVPzck2LlpRNFWnS44WeVEPkbR8yuFPJeQDDDjaiFj98MRxPes8wiuMLcLPqE/s1600/mt_p15Shalimin.jpg
Justeru semua ahli UMNO perlu berpegang teguh dengan moto perjuangan parti iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat agar UMNO sentiasa dianggap relevan dan secara tidak langsung kesepekatan dalam UMNO dapat dicapai.
Bendera UMNO 
“Akar umbi sangatlah penting kerana merekalah yang menjadi tunjang selain pelbagai peringkat parti dalam memastikan UMNO sentiasa dianggap relevan dan mampu berdiri dengan kukuh dalam mentadbir kerajaan menerusi Barisan Nasional (BN).

“Kesepakatan dalam pelbagai lapisan peringkat adalah satu ramuan terbaik dalam usaha mengukuhkan lagi parti dalam mendepani cabaran yang ada hari ini dan seterusnya yang akan mendatang,” tegasnya kepada media, di sini, hari ini.

Shalimin seterusnya menambah selain daripada UMNO, tidak ada lagi parti politik di negara ini yang membenarkan suara akar umbi untuk memilih pemimpin yang akan mengemudi parti dan ini menunjukkan UMNO merupakan sebuah parti yang menjunjung demokrasi di Malaysia.

Tambahnya lagi, wadah perjuangan UMNO harus dipertahankan agar parti keramat ini mampu menguasai Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 akan datang dan secara tidak langsung UMNO dapat diwarisi kepada generasi akan datang serta kelangsungan UMNO dapat dicapai.

Shalimin berkata, di bahagian tersebut pihaknya sentiasa turun padang serta mengadakan pelbagai program pada peringkat akar umbi untuk menjadi mata dan telinga sekaligus jurang antara rakyat dan kerajan sentiasa rapat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment