Monday, March 28, 2016
Wajib Dikenakan Hukum Paling KERAS..... Gambar Jemput Buka Puasa Dengan 'Bak Kut Teh' Hina Orang Islam
KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen pada Isnin diberitahu gambar dan kapsyen
blogger kontroversi Alvin Tan dan bekas teman wanitanya yang menjemput
umat Islam berbuka puasa dengan 'Bak Kut Teh' seolah-olah menghina bulan
Ramadan dan agama Islam yang mengharamkan umat Islam memakan daging
babi.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah Alvin Tan atau
nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian Lee atau nama sebenarnya Lee May
Ling telah menerbitkan kata-kata hasutan berikutan tindakan mereka yang
menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat
Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)'
yang mengandungi logo halal.
"Paparan dalam Facebook tersebut menunjukkan bermaksud menjemput umat Islam berbuka puasa dengan memakan 'Bak Kut Teh'.
"Walaupun tidak menyatakan secara khusus menu 'Bak Kut Teh'tersebut,
namun sekiranya dibaca oleh umat Islam ia seolah-olah menghina bulan
Ramadan dan menghina agama Islam yang sememangnya mengharamkan umat
Islam memakan daging babi," hujahnya di akhir kes pendakwaan di hadapan
Hakim Abdul Rashid Daud.
Katanya lagi keterangan saksi pendakwaan juga mengesahkan menu 'Bak Kut
Teh' mengandungi daging babi dan tidak mendapat sijil halal daripada
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Peguam Chong Joo Tian mewakili Lee berhujah bahawa keterangan saksi
pendakwaan hanya mengemukakan bukti bahawa Tan sahaja yang menerbitkan
dan memuat turun gambar dan kapsyen pasangan tersebut dan bukan anak
guamnya.
Beliau berkata komputer riba itu dan pemilik sebenar akaun facebook juga adalah milik Tan dan bukannya Lee.
Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk keputusan sama ada Tan, 27, dan
Lee, 27, membela diri atau dilepaskan daripada pertuduhan tersebut.
Bagaimanapun Tan, tidak hadir sepanjang perbicaraan kes itu kerana
dipercayai melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri
prosiding itu.
Tan dan Lee didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan
kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious
and appetising)' yang mengandungi logo halal, di laman Facebook Tan.
Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai
2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan turut didakwa
terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook
sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6
Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment