Suruh semua ahli keluarganya berbuat baik dan berbaik-baik semula dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Hairan jugak, apa sebenarnya motif Anwar suruh berbuat sedemikian?? Pelik bukan…
Walau bagaimanapun seperti yang semua tahu, Khairuddin sememangnya sekutu setia kepada Mahathir. Apabila Anwar cakap mengenai hasratnya nak berbaik dengan Mahathir, memang Khairuddin sokong sangat ler!
Siap sanggup tolong Anwar dan keluarganya untuk berbaik dengan Mahathir. Sanggup cari apa sahaja jalan asalkan ‘niat murni’ mereka seketurunan berhasil. Katanya nak bawa seluruh keluarga Anwar untuk berjumpa dengan Mahathir.
Eshhhhh… Gigih sungguh kan! Iyela, dulu sebelum Mahathir join ‘Deklarasi Rakyat’.., mereka ada jugak plan nak jumpa Mahathir. Tak tahu la nak jumpa buat apa, mungkin nak minta tolong bebaskan Anwar kot.
Tapi perjumpaan tersebut tidak berjaya kerana isteri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tengah ‘touching’ lagi. ‘Touching’ apa entah la, tapi sekarang ni bila dengar je Mahathir pun dah bekerjasama dengan DAP, haaaaaa… Melompat la mereka mula nak berbaik.
Mungkin juga semua ini ada udang disebalik batu, ala tahu-tahu jela perangai puak pembangkang ni, takde nya nak buat baik melainkan hendak mempergunakan dan untuk kepentingan mereka sendiri. Tunggu tengok jela kalau semua tak percaya....
No comments:
Post a Comment