Friday, March 25, 2016
Perairan Negara Diceroboh Oleh Bot Dan Kapal Dari China
Kira-kira 100 bot dan kapal dari China dikesan menceroboh perairan
negara dekat Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan semalam, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata ekoran pencerobohan itu, kerajaan telah mengerahkan aset
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memantau keadaan di
kawasan itu.
"Kita telah kerahkan tiga buah kapal APMM, dua sudah bergerak, aset
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga ada di sana. Kapal (pesawat)
Bombadier telah terbang membuat tinjauan di kawasan itu tadi dan
mendapati terdapat sekumpulan nelayan China berada di sana.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, beliau berkata ia satu jumlah yang agak besar dan kapal.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diambil jika
kapal-kapal berkenaan dikesan memasuki zon ekonomi eksklusif negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment