Monday, March 28, 2016

Najib Ucap Tahniah Kepada Johan Qari, Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/04/25/23/59/tilawah1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-59 yang berakhir Sabtu lepas di Putrajaya. 

“Tahniah qari Kelantan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-59,” katanya menerusi catatan dalam Twitternya, hari ini.

Wan Ainuddin Hilmi Abdullah berjaya mempertahankan kejuaraannya pada tilawah itu dan Nor Azrah, masing-masing menerima wang tunai RM15,000, piala iringan, sebuah kereta Proton Exora, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2 hingga 7 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. 

Seramai 14 qari dan 14 qariah mewakili negeri-negeri serta johan bertahan qari dan qariah edisi lalu mengambil bahagian pada tilawah itu yang bermula 21 Mac lepas di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment