Monday, March 28, 2016
Kongres Rakyat 2016 : Satu Program Untuk Orang-Orang Yang Kecewa
EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Pada tarikh 27 Mac 2016, Tun Dr Mahathir Mohamed dan kuncu-kuncunya
sekali lagi membuat kerja gila. Manakan tidak, di saat negara sedang
mengalami perubahan yang semakin baik samada dari segi ekonomi mahupun
politik, beliau bersama-sama orang-orang kecewa UMNO mengadakan kongres
Selamatkan Malaysia di Shah Alam Convension Center.
Program yang dihadiri kira-kira 300 orang dan sebahagian besarnya
adalah para pentaksub Tun M yang terdiri dari ahli PERKASA dan juga
dihadiri oleh para pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat awal
bulan ini.
Paling melucukan, kesemua mereka ini melaungkan, mereka adalah wakil
kepada suara rakyat yang mahu Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan.
Seperti
biasa, program “gila kuasa” seperti ini akan mengulangi skrip-skrip
lama seperti isu derma RM 2.6 bilion, isu 1MDB dan macam-macam isu lagi
yang hanya bertujuan untuk menampakkan Datuk Seri Mohd Najib sebagai
individu yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tiada apa yang mengejutkan pada perhimpunan ini melainkan ianya tidak
lebih dari sekadar himpunan penuh retorik. Masing-masing menggunakan
nama rakyat bagi menghalalkan kongres gila seumpama ini.
Satu perkara yang harus Tun M dan kuncu-kuncunya harus sedar, bukan
semua rakyat Malaysia melantik mereka sebagai wakil mereka untuk
menyuarakan apa yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan. Mereka
hanya mewakili rakyat-rakyat yang jelas tidak tahu erti bersyukur dengan
nikmat yang dinikmati pada hari ini.
Sehingga bila mereka sanggup untuk berselindung disebaik istilah
rakyat sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah untuk kepentingan diri
mereka sendiri, bukan rakyat seperti mereka dakwa.
Kehadiran Tun M, Muhyiddin, Mukhriz dan pemimpin-pemimpin pembangkang
termasuk PERKASA, tidak lebih dari sekadar suara minoriti disebalik
majoriti.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment