Monday, March 28, 2016
Dr Mahathir Mungkin Tersasul… Agak-Agaklah Kalau Nak Kelentong Pun
Apakah Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lupa atau bekas Perdana Menteri itu tersasul?
Satu dunia boleh jadi saksi apa jadi pada tahun 1998 dan tahun-tahun
seterusnya.Pelbagai gelaran dan caci maki dinobatkan padanya oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim and gang.
Ini menjadi komentar popular di media sosial sejak petang Ahad bila Dr
Mahathir di Kongres Rakyat kata tidak ada protes rakyat semasa
pentabirannya.
Hairan juga pekikan ‘Reformasi’ budak-budak Datuk Seri Azmin Ali yang
bergema di Dewan SACC,Shah Alam di mana kongres itu berlangsung tidak
membangkitkan ingatan beliau pada pelbagai peristiwa hitam sejak kes
liwat pertama dulu.
Malah sepanjang ucapan beliau hampir sejam di akhir majlis itu tidak ada
sangat yang menarik kecuali bawa kisah lama dan kitar balik dakwaan.
Untuk bersangka baik… siapa tahu mungkin Dr Mahathir terlalu teruja dapat
duduk bersama dengan barisan pimpinan pembangkang dalam dewan itu dalam
agenda mereka untuk jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Memang ramai bingung dengan kata-kata beliau tentang itu.Malah ada yang
rewind balik klip-klip video zaman Reformasi.Hampir setiap hujung minggu
ada saja perhimpunan segala macam 'Mahafiraun' dan ‘Mahazalim’ di pekik
di sana sini.
Seluruh jentera UMNO di seluruh negara berhempas pulas mempertahankan beliau dari serangan demi serangan.
Ada sebilangan hadirin dalam dewan SACC terdengar tertawa dan berbisik sesama mereka bila mendengarnya.
Tidak kurang mencuit hati mereka ialah bila Dr Mahathir mencabar Peguam
Negara Tan Sri Apandi Ali untuk bersumpah junjung Al-Quran dalam
masjid untuk buktikan beliau buat keputusan betul kata Perdana Menteri
tidak lakukan apa-apa kesalahan dalam isu RM2.6 billion dan 1MDB
baru-baru ini.
Juga… mungkin Dr Mahathir terlupa bahawa Anwar langsung tidak mahu layan dua kali desakan agar beliau bersumpah di dalam masjid.
Pertama dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.Bekas pembantu yang
diliwatnya itu tampil buat sumpah dalam Masjid Wilayah untuk buktikan
dia cakap benar.
Sebaliknya Anwar tidak muncul dan bagi macam-macam alas an ia tidak perlu.
Kedua semasa pendedahan kes video seks dengan China Doll yang dikaitkan dengannya oleh kumpulan Datuk T.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk
Shuib Lazim tampil bersumpah di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur.
Anwar bukan saja tidak hadir tetapi budak-budak PKR tunjuk kurang ajak buat kecoh dan memekak dalam masjid itu untuk protes.
Juga... hairan Dr Mahathir tidak pula pernah cabar Anwar bersumpah dulu.
Memang mudah… bekas Perdana Menteri itu dan bekas-bekas musuhnya Lim Kit
Siang,Mat Sabu,Azmin dan lain-lain cuba beri gambaran indah tentang
gerakan mereka untuk singkir Najib.
Kit Siang ajak rakyat berbilang kaum bersatu untuk matlamat itu yang jelas retorik politik mengenangkan agenda DAP.
Mat Sabu cakap beliau juga ada pengalaman ditahan bawah ISA ajak semua
orang lupakan kisah lama waktu zaman Dr Mahathir. Begitu juga Azmin.
Kata mereka tumpukan senapang bersama bekas Perdana Menteri pada satu matlamat.
‘You scratch my back… I scratch your back’… itulah senario majlis Kongres Rakyat yang dipelopori oleh Datuk Zaid Ibrahim itu.
Kata Dr Mahathir selepas gerakan itu berjaya jatuhkan Najib terserah kepada BN nak lantik siapa saja jadi Perdana Menteri.
Ada pemerhati kata pimpinan pembangkang tidak mungkin nak ‘ tayang muka’
dalam gerakan Deklarasi Rakyat jika mereka tidak ia peluang baik untuk
‘ride on’ bekas Perdana Menteri itu untuk tumbangkan kerajaan BN secara
keseluruhan.
Bodoh sangat nak kata mereka ikhlas hendak mendokong hajat Dr Mahathir semata-mata untuk menjayakannya.
Memetik kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Dr Mahathir tidak
kuat.Beliau yang lebih perlukan puak mereka dari mereka perlukan beliau.
Presiden PKR itu dan anaknya Nurul Izzah tidak muncul di majlis itu...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment