Monday, March 28, 2016
Kenapa Keluar DAP !!!!! ADUN DAP Duyong Melaka diisytiharkan ADUN Bebas
Sudah tak dapat sorok kemelut dalaman DAP di Melaka.
Ini selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu ADUN DAP Duyong, Goh Leong San (gambar) kini merupakan Adun Bebas.
Perkara ini dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.
"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
tentang perkara ini," katanya pada majlis perasmian Persidangan Pertama
Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Kompleks Seri
Negeri hari Isnin.
Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini
disandang Goh kini diambil alih oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poey Tiong
juga daripada DAP.
Terdapat laporan sebelum ini, berlaku perpecahan dalam kalangan anggota
DAP di Melaka yang sebahagian menyokong Goh manakala sebahagian lagi
menyokong Lim.
Peletakan jawatan Goh Leong San meletak jawatan ketua DAP Melaka pada
Oktober tahun lepas selepas desas-desus kemelut pertelagahan kepimpinan
DAP negeri dan pusat.
Keretakan hubungan mereka dilihat apabila timbul perselisihan faham
dalam memilih calon parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kota
Laksamana yang dikosongkan Betty Chew, isteri Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng.
Pimpinan DAP pusat cenderung memilih Lai Keun Ban, calon yang dilihat
penyokong setia Lim, hingga menimbulkan rasa kurang senang antaranya
anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang mengambil keputusan
bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana.
Beliau dalam masa yang sama mempertahan kerusi Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.
Sim akhirnya tunduk atas desakan Lim untuk menarik diri sebagai calon
bebas, namun menarik perhatian Goh pada masa itu yang dikatakan
menyokong Sim, dan turut kurang senang dengan pencalonan Lai, yang
akhirnya memenangi kerusi itu.
Desas desus itu terbukti benar apabila Goh kini mengisytihar perang
terhadap Lai dan Khoo Poay Tiong dari Ayer Keroh yang juga penyokong
setia Lim.
Isu yang menjadi pencetus perbalahan itu ialah pujian Goh kepada Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang mendapat kritikan hebat Khoo
dan Lai, serta turut menimbulkan perasaan kurang senang Lim.
Ekoran itu Goh meletak jawatan atas alasan “terlalu banyak campurtangan DAP pusat”.
Bukan sekadar meletak jawatan, Goh terus berperang dengan Khoo dan Lai
antaranya dengan ugutan untuk membongkar salah laku dua Adun itu, namun
dibalas Khoo yang langsung tidak gentar dengan ugutan, malah mencabar
Goh membuktikan kebenaran dakwaannya itu.
Agak sukar untuk mendalami secara terperinci isu yang dibangkitkan dalam
pertelagahan tiga Adun DAP itu kerana mereka hanya membenarkan media
berbahasa Cina menghadiri sidang media di Melaka yang diadakan bagi
menyerang antara satu sama lain. Itulah kebebasan media yang diamalkan
mereka.
Pertelagahan DAP Melaka dan pusat itu turut menyebabkan Adun Melaka dari
DAP berpecah dua, iaitu yang menyokong Goh terdiri daripada Timbalan
Pengerusi DAP Melaka Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir)
dan Chin Choong Seong (Kesidang), manakala yang menyokong Lim ialah Khoo
dan Lai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment