Monday, March 28, 2016

Bincang Segera Tindakan Terhadap Anggota UMNO Terlibat ‘Deklarasi Mahathir’ – Musa

KOTA KINABALU : UMNO Sabah hari ini mengemukakan usul supaya Majlis Tertinggi parti bersidang segera bagi membincangkan tindakantegas yang wajar diambil terhadap pemimpin dan anggota terlibat dalam gerakan ‘Deklarasi Mahathir’.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata ini termasuk menentukan tindakan sewajarnya terhadap anggota yang terlibat dalam mana-mana gerakan atau aktiviti membelakangkan kepentingan parti dan kerajaan.

“UMNO Sabah menggesa tindakan tegas diambil terhadap dalang gerakan ‘Deklarasi Mahathir’ yang mengancam sistem demokrasi berparlimen dan boleh mengakibatkan implikasi negatif terhadap kestabilan politik, keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.
IMG-20160326-WA007 
Musa yang juga Ketua Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di sini.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan isu ‘Deklarasi Mahathir’ yang dibawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin pembangkang serta turut disertai beberapa anggota UMNO.

Musa berkata UMNO Sabah membantah dan menolak sekeras-kerasnya gerakan itu kerana mempunyai motif menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi negara.

“UMNO Sabah sebulat suara menzahirkan ikrar dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib yang juga Presiden UMNO untuk terus menerajui kepimpinan negara,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment